Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : Kesiapsiagaan menghadapi kejadian MH17

KESIAPSIAGAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGHADAPI KEJADIAN NAHAS PESAWAT MALAYSIA AIRLINES (MAS) MH17

18 Julai 2014

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyatakan rasa dukacita dengan tragedi nahas yang telah menimpa pesawat MH17 Malaysian Airlines yang dilaporkan terhempas di Eastern Ukraine. Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 malam (waktu tempatan) dan dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur jam 6.10 pagi (waktu Malaysia). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Bencana (JTPB), KKM telah diadakan pada 18 Julai 2014, jam 0800 pagi, mengambil keputusan untuk mengaktifkan Pasukan Perubatan Forensik; Pasukan Perubatan; serta Pasukan Mental & Psikososial Respon (MHPRT). Satu Pasukan Perubatan serta Pasukan MHPRT telah dihantar ke KLIA untuk memberi rawatan perubatan dan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada Next Of Kin (NOK). Dua (2) Pasukan MHPRT dan enam (6) Pasukan Perubatan Forensik telah bersiap sedia untuk dihantar ke luar negara di mana pesawat tersebut terhempas.

Pada masa yang sama, satu Pasukan Perubatan dari Pejabat Kesihatan KLIA telah dimobilisasikan ke KLIA pada 0600hrs, 18 Julai 2014 untuk memberikan rawatan perubatan kepada NOK. Sehingga kini, tiga (3) keluarga NOK telah diberi perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial.

Satu Pasukan Perubatan Forensik dijangka akan bertolak ke Ukraine pada jam 2000 malam, 18 Julai 2014 untuk aktiviti Disaster Victim Identification (DVI). Pasukan ini akan bekerjasama dengan Pasukan Forensik Ukraine untuk mencari penyelesaian terbaik bagi tujuan ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah membuka bilik gerakan berpusat to untuk memantau tragedi yang telah menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah terhempas. Bilik gerakan ini akan beroperasi bermula jam 0800 pagi hingga 1700 petang setiap hari. Sila hubungi talian 03-88810600, Bilik Gerakan CPRC #MH17

Seluruh warga KKM mengucapkan takziah dan mendoakan ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terbabit agar diberi ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kejadian ini.

Sekian dan terima kasih.

DATUK SERI DR.S.SUBRAMANIAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s