“Denggi merupakan pembunuh senyap dan jumlah kes boleh terus meningkat ke 60,000 kes pada tahun 2014” – Datuk Dr Lokman Hakim

Berita Nasional RTM (18 Mei) membincangkan isu kesihatan yang serius di negara kita bersama dengan Timbalan saya, Datuk Dr Lokman Hakim bin Sulaiman MD, DAP&E, MScPH, PhD, FAMM, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan salah satu tempat yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes adalah di tapak-tapak pembinaan dengan Indek Pembiakan Aedes (AI) sebanyak 5.7% melebihi tahap sensitif 1%. Selain daripada itu, tempat pembiakan Aedes juga dijumpai di sekitar rumah kediaman dan rumah kedai dengan Indek Pembiakan Aedes adalah 1.2%. Begitu juga kawasan yang mempunyai sampah sarap di merata-rata tempat, menyumbang kepada kewujudan punca pembiakan nyamuk Aedes dengan mencatatkan Index Pembiakan Aedes yang tinggi iaitu 4.6% . Di samping itu, longgokan sampah juga merupakan punca pembiakan Aedes dimana kadar pembiakan di kawasan ini adalah tinggi. Oleh yang demikian Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memastikan kutipan dan pelupusan sampah dilakukan sebaik mungkin. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran rumah dan kawasan berhampiran supaya tiada tempat pembiakan nyamuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s