Kesan rokok tidak sah… hentikan…

Kerajaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius kepada isu amalan merokok di negara kita. Merokok menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit seperti kardiovaskular, kanser dan penyakit obstruktif paru-paru kronik. Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah kesihatan orang di sekeliling mereka.

Di dalam mengangani tabiat merokok, kerajaan juga mengenalpasti masalah rokok tidak sah. Kerajaan bukan sahaja kerugian daripada cukai rokok yang dielak, ianya juga memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan amalan merokok dengan menaikkan kos membeli rokok. Pelbagai agensi kerajaan terlibat di dalam membendung gejala rokok tidak sah. Di bawah bidang kuasa Akta Kastam 1967 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, kerajaan sentiasa melakukan intipan, rampasan dan penguatkuasaan untuk membendung masalah rokok tidak sah. Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan operasi bersepadu secara berkala di tempat-tempat awam dan isu rokok tidak sah juga diberi keutamaan semasa penguatkuasaan. Orang ramai juga dinasihatkan agar cuba untuk berhenti merokok dan tidak membeli atau menghisap rokok tidak sah. Sebanyak 3,493 operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dilaksanakan sepanjang tahun ini sehingga bulan Mei 2014. Sebanyak 17,139 notis telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan termasuklah berkaitan rokok tidak sah iaitu kesalahan menjual, menawarkan untuk menjual, membeli dan memiliki rokok tidak sah.

Adakah penjualan rokok tidak sah secara meluas menyebabkan kempen anti rokok kementerian tidak mencapai sasaran? Menurut laporan The International Tobacco Control Policy Evaluation Project pada tahun 2012, Kempen Tak Nak telah memberikan impak yang positif kepada masyarakat. Kempen tersebut telah berjaya menyebarkan maklumat kepada 93% perokok di Malaysia. 43% perokok dan bekas perokok menyatakan mereka telah memikirkan untuk berhenti merokok atau terus menjadi bekas perokok disebabkan oleh kempen Tak Nak. Perbandingan hasil kajian Global Youth Tobacco Survey 2003 & 2009 menunjukkan penurunan prevalen merokok di kalangan pelajar-pelajar lelaki dari 36.3% ke 30.9%. Bagi penduduk dewasa pula, prevalen perokok semasa tidak menunjukkan kenaikan prevalen merokok yang ketara dari 22.8% ke 23.4% untuk tahun 2006 dan 2011.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan prevalen merokok di Malaysia masih lagi tinggi. Prevalen penggunaan rokok tidak sah pula dianggarkan di dalam lingkungan 30 hingga 40%. Bagi mencapai taraf negara maju dengan masyarakat yang sihat, kerajaan menyarankan agar perokok mengambil langkah untuk berhenti tabiat yang memudaratkan kesihatan ini. Merokok merupakan suatu ketagihan kepada nikotina yang boleh dibendung. Bagi perokok yang ingin berhenti merokok, mereka boleh mendapatkan nasihat dan rawatan di Klinik Kesihatan yang berdekatan. [klik di sini untuk senarai klinik]

img076

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s