Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : MH17 – 226 keranda telah selesai dibuka

STATUS KESIAPSIAGAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGHADAPI KEJADIAN NAHAS PESAWAT MALAYSIA AIRLINES (MAS) MH17

Tragedi nahas pesawat MH17 Malaysian Airlines telah memasuki hari ke-
dua puluh satu selepas kejadian nahas ini berlaku. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau dan menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Buat masa ini Pasukan DVI (Disaster Victim Identification) Malaysia yang terdiri dari KKM, Kementerian Pertahanan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kimia seramai 24 orang pegawai masih lagi berada di Kem Tentera Hilversum untuk melakukan pemeriksaan post mortem DVI.

Sehingga 05 Ogos 2014, melalui laporan yang diterima daripada Pasukan DVI Malaysia, sebanyak 226 keranda telah selesai dibuka dan diperiksa bagi pemeriksaan post mortem. Sejumlah lebih 600 fail post mortem telah dibuka bagi lebih dari 150 complete bodies dan lebih dari 300 incomplete bodies yang telah selesai pemeriksan post-mortem. Satu keranda yang baru tiba Kem Tentera Hilversum pada 4 Ogos 2014, sedang dalam proses pemeriksaan post-mortem.

Buat masa ini Pasukan DVI Malaysia bersama-sama dengan Pasukan DVI Antarabangsa yang lain berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem (reconciliation) bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.

KKM akan terus bekerjasama dengan pasukan antarabangsa bagi melaksanakan proses DVI ini dan seterusnya pengesahan identiti mangsa secara positif.

DATUK SERI DR.S.SUBRAMANIAM
06 Ogos 2014

20140806-142055-51655059.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s