Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan : sebanyak 56,810 kes denggi dilaporkan

OPERASI “OPS MEGA” DAN SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 31 tahun 2014 (27 Julai – 2 Ogos 2014)

Pada tahun 2014 bermula dari 1 Januari hingga 2 Ogos, sebanyak 56,810 kes telah dilaporkan, meningkat 40,756 kes (254%) berbanding dengan hanya 16,054 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013. Untuk tempoh yang sama juga, sebanyak 110 kematian akibat demam Denggi dilaporkan, meningkat 78 kes (244%) berbanding 32 kematian pada tahun 2013.

Jumlah kes bagi minggu ke-31 tahun 2014 (27 Julai hingga 2 Ogos) adalah 1,834 kes, menurun 39% atau 1,155 kes berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu sebanyak 2,989 kes dilaporkan. Pada masa yang sama terdapat Sembilan (9) kematian berlaku Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor dan Kelantan.

Dalam pada itu, sejumlah sejumlah 723 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 13 negeri iaitu 437 lokaliti di Selangor, 177 lokaliti di Kelantan, 31 lokaliti di Negeri Sembilan, 24 lokaliti di Johor, 23 lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, tujuh (7) lokaliti di Sarawak, tujuh (7) lokaliti di Melaka, empat (4) lokaliti di Pulau Pinang, empat (4) lokaliti di Sabah, tiga (3) lokaliti di Pahang dan masing-masing dua (2) lokaliti di Perak, Terengganu dan Perlis. Daripada jumlah itu, 146 lokaliti hotspot dilaporkan iaitu 86 lokaliti di Selangor, 53 lokaliti di Kelantan, tiga lokaliti di Sarawak, dua (2) lokaliti di Negeri Sembilan dan masing-masing satu (1) lokaliti di Pahang dan Sabah.

Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi “Ops Mega” iaitu memobilisasi anggota kesihatan daripada 8 buah negeri lain untuk membantu daerah-daerah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Empat daerah yang diberi tumpuan utama di Selangor adalah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang kerana melaporkan kes denggi tertinggi. Seramai 267 anggota dari negeri lain telah digerakkan bermula dari 14 Julai 2014 untuk ke Lembah Klang dan N. Sembilan dan lebih dari 190 anggota ditempatkan ke Selangor. Operasi “Ops Mega” yang dilaksanakan di daerah ini telah meningkatkan aktiviti kawalan yang dilaksanakan terutama di kawasan PBT sehingga 60-80% daripada sasaran yang ditetapkan berbanding dengan hanya 15-30% sebelum operasi dijalankan. Diharapkan ianya diterjemahkan kepada penurunan kes denggi dalam beberapa minggu lagi.

Kementerian Kesihatan berkerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengenalpasti kawasan yang bermasalah denggi dan kawasan yang mengalami pengurusan sampah yang kurang berkesan, bagi mengatasi masalah ini seperti cadangan untuk mendapatkan khidmat tambahan untuk pengurusan sampah dalam tempoh 2 bulan ini.

Operasi “Ops Mega” ini juga melibatkan pengesanan awal kes-kes denggi terutama di klinik klinik kerajaan dan swasta. Berikutan dari aktiviti ini ianya akan meningkatan kesedaran para doktor untuk mendiagnosa awal kes denggi dan juga meningkatkan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan awal sekiranya mereka demam. Dijangkakan pada permulaannya akan berlaku peningkatan kes denggi yang dilaporkan dan jumlah ini kembali kepada tahap asal selepas aktiviti kawalan dan pencegahan dilakukan.

Kementerian Kesihatan sentiasa menggalakkan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat swasta melaksanakan aktiviti mengurangkan tempat pembiakan dan pembersihan kawasan untuk membantu kerajaan dalam memerangi wabak denggi di negara ini. Usaha dan penglibatan berterusan dari semua pihak akan dapat mengurangkan kes dan kematian akibat denggi.

DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
6 Ogos 2014

20140806-150101-54061149.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s