Orang ramai perlu faham perkara asas berkenaan denggi…

Media memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan kesedaran masyarakat. Program dokumentari Majalah 3 terbitan TV3 pada bulan Mei 2014 ini memberi liputan yang agak meluas mengenai penyakit denggi, daripada aktiviti pemantauan di ibupejabat KKM, aktiviti pencegahan, aktiviti penguatkuasaan, pendidikan kesihatan, rawatan di hospital/klinik dan juga aktiviti penyelidikan seperti kajian racun kimia dan biologi, kajian daun betik.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus bekerjasama erat dengan pihak bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya penyakit denggi serta perkara-perkara asas bagi mencegah penyakit ini. Masyarakat perlu faham mengenai penyakit denggi berdarah di mana kebocoran plasma darah boleh menyebabkan tekanan darah menurun seterusnya boleh menyebabkan kematian sekiranya rawatan tidak diberikan segera.

Kementerian akan terus memantau insiden penyakit denggi melalui CPRC atau Crisis Preparedness and Response Centre berpusat di Putrajaya menggunakan Sistem Pengurusan Wabak Denggi atau e-Denggi. Pasukan yang menjalankan pemantauan di CPRC terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan, pegawai kesihatan persekitaran, ahli kaji serangga atau entomologist dan  pegawai pendidikan kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s