Pihak Kementerian akan terus bekerjasama dengan pihak media memberi penerangan penyakit Ebola. Oleh kerana kesibukan dengan tugasan lain, saya menghantar wakil iaitu Dr Benedict Sim Lim Heng MBBS (UM) MRCP (UK), Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh untuk memberi penerangan berkenaan penyakit ini di dalam Berita Nasional RTM 1 pada 5 Ogos 2014.
Berdasarkan maklumat sediada dan daripada pihak WHO, National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah membuat analisa risiko ke atas kemungkinan penularan EVD di Malaysia. Secara keseluruhan, risiko penularan EVD di Malaysia masih lagi rendah mengambilkira penularan sehingga kini hanya berlaku di Afrika Barat. Sekiranya terdapat kes import dikesan di negara ini KKM bersedia untuk bertindak segera bagi mencegah dan mengawal dari penularan berlaku.
Categories: Blog, Communicable disease, Ebola