Pihak Kementerian dan media terus berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit denggi. Berita Nasional RTM (4 Ogos) sekali lagi membincangkan isu kesihatan yang serius ini bersama dengan Timbalan saya, Datuk Dr Lokman Hakim bin Sulaiman MD, DAP&E, MScPH, PhD, FAMM, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Sehingga 3 Ogos 2014, terdapat 110 kematian denggi telah dilaporkan di seluruh negara. Aktiviti penguatkuasaan juga terus diperhebatkan di mana setakat 3 Ogos juga, sebanyak 10,000 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai RM 4.9 Juta. Kawasan Lembah Klang menyumbang 65% daripada jumlah keseluruhan kes denggi seluruh negara. Denggi merupakan masalah persekitaran, oleh itu masyarakat perlu memberi perhatian berat terhadap kebersihan persekitaran bagi mencegah penyakit denggi.
Categories: Blog, Communicable disease, Dengue