Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : Kesiapsiagaan KKM menghadapi Ebola

KESIAPSIAGAAN DAN RESPONS KKM BAGI MENGHADAPI PENULARAN WABAK PENYAKIT VIRUS EBOLA (EVD) DI AFRIKA BARAT

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum kenyataan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) bertarikh 8 Ogos 2014 berkaitan hasil Mesyuarat International Health Regulations (IHR) Emergency Committee buat pertama kali diadakan berkaitan Ebola Viral Disease (EVD) pada 6 – 7 Ogos 2014. Kenyataan WHO ini memaklumkan bahawa kejadian Ebola Viral Disease (EVD) di empat (4) buah negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria merupakan satu kejadian kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa [Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)]. Sehingga 6 Ogos 2014, sejumlah 1,779 kes (suspected, probable dan laboratory-confirmed) termasuk 961 kematian telah dilaporkan.

Pihak WHO telah mengeluarkan Temporary Recommendations di bawah IHR (2005) bagi mengawal penularan penyakit Ebola berkuatkuasa pada 8 Ogos 2014. Bagi negara yang mengalami penularan aktif EVD, pelbagai tindakan segera perlu dilaksanakan atau diperkukuhkan di peringkat masing-masing. Antara saranan WHO adalah agar negara-negara yang dijangkiti Ebola melakukan saringan sebelum keluar dari negara (exit screening) dan sekiranya seseorang itu menunjukkan tanda dan gejala EVD, mereka tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan antarabangsa kecuali untuk tujuan evakuasi perubatan (medical evacuation). Kes (supected, probable atau confirmed) dan kontak kepada kes Ebola juga tidak dibenarkan membuat perjalanan antarabangsa melainkan untuk tujuan evakuasi perubatan.

Namun begitu, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan ke- negara-negara yang terlibat serta selain dari kontak atau kes EVD, masyarakat dari keempat-empat buah negara tersebut tidak dikenakan sebarang sekatan untuk melakukan perjalanan di peringkat antarabangsa.

KKM telah menjalankan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi penularan jangkitan EVD dan antaranya adalah;

i. National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau perkembangan status kejadian EVD di Afrika Barat dan menyelaras kesiapsiagaan dan respon KKM bagi menghadapi penularan penyakit EVD.

ii. EVD adalah salah satu penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Selain dari notifikasi dilakukan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran, notifikasi ini juga perlu dihantar kepada CPRC Kebangsaan. Pemantauan yang dijalankan sehingga kini, tiada kes EVD yang dilaporkan di Malaysia.

iii. Anggota di semua peringkat KKM termasuk di pintu masuk antarabangsa negara telah diberikan penerangan berkaitan pengurusan kes yang disyaki dijangkiti dengan menggunakan tatacara sebagaimana yang digariskan, meliputi proses pelaporan /notifikasi melalui saluran yang telah dikenalpasti dengan kadar segera kepada CPRC Kebangsaan dan Pejabat Kesihatan berhampiran.

iv. Pegawai di pintu masuk antarabangsa negara termasuk di KLIA telah diberikan penerangan untuk menjalankan saringan penyakit EVD, langkah-langkah pencegahan dan kawalan termasuk kawalan jangkitan infeksi, pengesanan kes disyaki dan kontak, membuat notifikasi dengan kadar segera dan rujukan kes disyaki ke hospital berhampiran untuk siasatan dan rawatan lanjut.

v. Pemakluman berkaitan EVD dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum telah diberikan dan diberi penekanan kepada anggota kesihatan di semua peringkat KKM termasuk di pintu masuk antarabangsa negara.

vi. Maklumat berkaitan penyakit EVD dan nasihat kesihatan telah disalurkan kepada orang awam melalui media massa seperti kenyataan akhbar Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, wawancara melalui televisyen, laman web KKM, CPRC facebook dan edaran maklumat melalui kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain bagi membantu KKM mencegah penularan penyakit ke dalam negara.

vii. KKM mempunyai makmal yang berkeupayaan untuk mengesan virus ebola iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), di samping kemudahan untuk merawat kes di hospital-hospital kerajaan yang dikenalpasti di seluruh Malaysia.

viii. Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) di daerah bersedia untuk diaktifkan sekiranya terdapat pemakluman kes yang disyaki EVD.

ix. Stockpile Personal Protective Equipment (PPE) bagi menghadapi wabak dipertingkatkan untuk menampung keperluan di semua fasiliti kesihatan terlibat.

Langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang telah dijalankan oleh KKM akan terus diperkukuhkan dan ia adalah selari dengan saranan oleh pihak WHO.

KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan dari pihak WHO akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Maklumat tambahan dan perkembangan semasa mengenai penyakit EVD boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my dan Facebook CPRC.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
10 Ogos 2014

IMG_5042.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s