Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan : MH17 – 14 orang Pasukan DVI pulang ke tanahair, 9 pegawai KKM

KESIAPSIAGAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGHADAPI KEJADIAN NAHAS PESAWAT MALAYSIA AIRLINES (MAS) MH17

Tragedi nahas pesawat MH17 Malaysian Airlines telah memasuki hari ke
tiga puluh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan berterusan memantau dan menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Semenjak hari pertama nahas, KKM telah mengaktifkan lima (5) pasukan bagi kesiapsiagaan dan respons menghadapi kejadian ini. Iaitu Pasukan Kesihatan Mental dan Psikososial Respon ((Mental Health and Psychosocial Response Team-MHPRT); Pasukan Perubatan; Pasukan Forensik Perubatan Patologi Pasukan Forensik Perubatan Odontologi dan Pasukan Kesihatan Awam.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah a) memberi perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial khusus kepada Next Of Kin (NOK) mangsa nahas dan Pasukan Petugas MAS; b) bantuan kepakaran forensik perubatan dalam Disaster Victim Identification (DVI) di dalam dan luar negara; c) aktiviti kesihatan awam dalam menyelaras dan mempercepatkan proses mengimpot mayat dan sebahagiannya termasuk abu untuk tujuan urusan pengebumian dalam negara; dan d) perkhidmatan rawatan Perubatan.

Pada hari ini, 14 orang daripada pasukan DVI Malaysia telah selamat tiba di KLIA di mana terdiri daripada sembilan (9) orang Pegawai KKM, tiga (3) orang Pegawai PDRM, seorang (1) Pegawai Kementerian Pertahanan dan seorang daripada Jabatan Kimia. Seramai 10 orang ahli pasukan DVI masih lagi berada di Amsterdam bagi terus membantu Pasukan DVI Antarabangsa yang lain menjalankan pemeriksaan post mortem dan pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem (reconciliation) bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.

Kementerian Kesihatan amat bersimpati dengan ahli-ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang sabar menanti ketibaan jenazah ahli keluarga mereka. Justeru, KKM amat komited dan akan berusaha keras bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah mangsa dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Sekian dan terima kasih.

DATO’ SERI DR. HILMI HAJI YAHAYA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
10 Ogos 2014

IMG_5034-0.JPG

IMG_4991-0.JPG

IMG_4985-0.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s