Kenyataan Akhbar KKM : YAB TPM mempengerusikan mesyuarat kali kedua atasi denggi

Putrajaya, 12 Ogos 2014 – Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi 2014 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuaratnya kali kedua pada hari ini. Mesyuarat pada kali ini telah membentangkan status perlaksanan dan pencapaian Pelan Tindakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi 2014 yang telah dibentuk bagi menangani peningkatan kes dan wabak denggi ketika ini.

Perlaksanaan Pelan Tindakan ditumpukan di kawasan Lembah Klang dan Seremban yang menyumbang 60% daripada jumlah kes seluruh negara. Pelan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi ini telah mula dilaksanakan secara bersepadu pada 14 Julai 2014 oleh Kementerian Kesihatan bersama dengan 6 lagi Kementerian lain iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia. Pelbagai tindakan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang sedang di jalankan ini akan diteruskan bagi tempoh dua bulan sehingga September 2014.

Mesyuarat pada hari ini membincangkan tindakan dan pencapaian pelaksanaan pelan yang telah dibuat bermula sejak 14 Julai 2014 sehingga kini, di samping menambahbaik aktiviti pencegahan dan kawalan denggi sehingga mencapai keberkesanan optimum. Antara aktiviti dan pencapaian yang telah dibentangkan adalah seperti berikut;

1) ​Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi “Ops Mega” dan Kempen Perangi Aedes Habis-habisan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bermula 14 Julai dan akan diteruskan sehingga September 2014. Dalam operasi ini, Kementerian Kesihatan telah menggerakkan seramai 267 anggota kawalan denggi daripada lapan negeri ke Lembah Klang dan daerah Seremban. Kementerian Dalam Negeri juga telah memberi bantuan anggota berjumlah seramai 528 orang yang terdiri dari RELA seramai 246, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) 190 orang dan Polis seramai 92 orang. Hasil daripada operasi ini didapati peningkatan pelaksanaan aktiviti kawalan denggi daripada 20-30% kepada 50-60% terutama di kawasan-kawasan wabak di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala jumlah lokaliti hotspots di Selangor berkurang dari 92 hotspots sebelum operasi dilaksanakan kepada 86 hotspots selepas 3 minggu pelaksanaan operasi ini

2) ​Kementerian Kesihatan selaku penyelaras pelan tindakan ini telah merangka dan memohon peruntukkan tambahan meliputi keperluan di Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Dalam Negeri untuk akitiviti pencegahan dan kawalan denggi.

3) ​Pihak Kementerian Kesihatan telah mendapatkan seramai 370 Pekerja Sambilan Harian (PSH) tambahan bagi membantu dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi terutama di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

4) ​Operasi pemeriksaan tapak bina bersepadu melibatkan pasukan terdiri dari anggota Jabatan Kesihatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga telah dilaksanakan bermula pada bulan Julai 2014. Terdapat sebanyak 644 tapak bina yang berada di 4 daerah di Selangor, 5 daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya dan Seremban dan dalam tempoh sebulan sejumlah 144 tapak binaan (23.3%) telah diperiksa oleh pasukan ini sehingga kini. Sejumlah 41 kompaun dikeluarkan kepada tapak binaan yang membiak Aedes, manakala 29 tapak binaan diarahkan tutup dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 untuk aktiviti pembersihan.

5) ​Aktiviti Pendidikan dan Advokasi Kesihatan mengenai denggi terhadap orang ramai telah dipertingkatkan dengan memperuntukkan kos tambahan sejumlah RM 5 juta. Bagi tempoh dari 14 Julai hingga 7 Ogos 2014, iklan denggi telah disiarkan dipelbagai saluran dan bahasa dimana melalui televisyen sebanyak 94 spot telah disiarkan dan 1,100 spot telah disiarkan di radio. Selain itu, berita mengenai denggi juga telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan sebanyak 296 kali. Dalam tempoh yang sama, 3 sesi taklimat telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan di saluran televisyen. Pengiklanan denggi di television dan radio akan diteruskan sehingga akhir tahun ini iaitu membabitkan sebanyak 244 spot siaran di television dan 2,317 spot siaran di radio. Disamping itu Jabatan Penyiaran Malaysia juga telah memperhebatkan usaha publisiti dan promosi berkaitan denggi di saluran televisyen dan radio milik mereka.

Rumusan keputusan mesyuarat pada hari ini adalah;

1. Semua Kementerian & agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri
(Pihak Berkuasa Tempatan) perlu melaporkan semua aktiviti
memerangi denggi kepada urusetia.
2. Program COMBI perlu diaktifkan dan ditingkatkan dengan penubuhan
Program COMBI baru terutama di lokasi berisiko tinggi bagi
memastikan penglibatan masyarakat setempat.
3. Pihak Kerajaan Negeri terutama Negeri Selangor serta Pihak
Berkuasa Tempatan perlu menyediakan pelan tindakan pengurusan sampah yang berkesan dengan pemantauan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
4. Pemeriksaan ditapak pembinaan perlu ditingkatkan terutama dikawasan hotspots denggi dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi.
5. Pelan tindakan yang telah dirangka akan dijalankan secara sepenuhnya dengan mengenapasti keperluan sumber secara optimum.
Bagi status kes denggi pada tahun 2014, dari Januari hingga 9 Ogos sebanyak 59,790 kes dilaporkan diseluruh negara dan jumlah kematian yang dilaporkan adalah sebanyak 123 kematian.

Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa peningkatan kes denggi dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kebersihan persekitaran, populasi nyamuk, perubahan virus serotaip, pergerakan manusia, kepadatan penduduk dan keadaan cuaca. Bagi memastikan kawalan jangkitan demam denggi dapat dibuat dengan baik, kesemua faktor-faktor ini perlu dikawal. Namun pada hakikatnya hanya faktor kebersihan persekitaran dan populasi nyamuk yang boleh dikawal. Oleh itu penglibatan individu, masyarakat dan semua pihak dalam mengurangkan tempat pembiakan Aedes adalah merupakan faktor utama menentukan kejayaan untuk mengawal jangkitan demam denggi. Perubahan sikap masyarakat seperti mengamalkan menjaga kebersihan persekitaran setiap masa dan tidak membuang sampah merata-rata, hendaklah dipupuk dalam jiwa rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia

IMG_5096.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s