Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : 59,790 kes denggi dicatatkan

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 32 tahun 2014 ( 3 – 9 Ogos 2014 )

Pada minggu ke 32 tahun 2014 iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos 2014, sejumlah 2,980 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak 1,146 kes atau 62% berbanding 1,834 kes pada minggu sebelumnya. Pada minggu lepas Negeri Kelantan melaporkan 1,160 kes iaitu mencatatkan kes tertinggi dan mengatasi negeri Selangor yang melaporkan 1,042 kes. Tiga belas (13) kematian dilaporkan minggu lepas iaitu 6 kematian di Selangor, 5 kematian di Kelantan dan 2 kematian di Johor.

Jumlah terkumpul kes dari Januari sehingga 8 Ogos 2014 adalah 59,790, peningkatan sebanyak 260% atau 43,205 kes berbanding dengan 16,585 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013. Manakala sebanyak 123 kematian dilaporkan berbanding dengan hanya 33 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013, peningkatan sebanyak 272% atau 90 kematian.

Sejumlah 680 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 153 lokaliti hot spots dikenalpasti pada minggu lepas. Sejumlah 78 Hotspot dilaporkan di Selangor, 73 di Negeri Kelantan dan masing-masing satu (1) di Negeri Sarawak dan Negeri Sembilan. Pemantauan mingguan oleh Kementerian Kesihatan menujukkan pada minggu 32, kadar pembiakan Aedes purata daripada premis-premis yang diperiksa di seluruh negara adalah 1.5% iaitu 50% melebihi dari kadar sensitif yang ditetapkan iaitu 1%. Tujuh (7) premis yang mencatakan kadar pembiakan tertinggi adalah tanah lot kosong dengan kadar 10.2%, tanah perkuburan 6.7%, kilang 6.5%, tapak binaan 5.9%, premis/rumah terbengkalai 5.7%, tempat pembuangan sampah 5.2% dan taman pemainan/ rekreasi 5.1%.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan segera untuk mengurangkan peningkatan kes yang berlaku pada masa ini terutama di negeri Kelantan, dengan memobilisasikan anggota daripada negeri Pahang dan Terengganu sebanyak 19 pasukan (44 orang anggota kesihatan) ke negeri Kelantan. Pemantauan rapi Kementerian Kesihatan terhadap kes, kematian dan wabak denggi akan diteruskan.

Kebersihan persekitaran merupakan faktor yang utama yang menyumbang kepada kejadian kes denggi. Oleh itu, adalah diseru semua rakyat Malaysia agar mengamalkan tidak membuang sampah merata-rata, mengurus sampah dengan baik dan mempastikan persekitaran didalam dan luar rumah sentiasa bersih. Aktiviti mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes setiap minggu dipersekitaran kita hendaklah diteruskan, dan ianya boleh menghindari bukan saja demam denggi tetapi dari penyakit lain seperti leptospirosis.

DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

13 Ogos 2014

IMG_5158.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s