Situasi denggi terkini : 120 kematian setakat 9 Ogos 2014…

Berikutan peningkatan kes denggi di negara ini, YAB Perdana Menteri telah miminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi 2014 bagi memperkukuhkan usahasama pelbagai agensi bagi memerangi denggi. YAB TPM pada 12 Ogos telah mempengerusikan mesyuarat buat kali kedua.

Pada minggu lepas iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos 2014, sebanyak 2,980 kes dilaporkan iaitu dengan purata 425 kes sehari. Statistik berkenaan masih menunjukkan kejadian kes yang tinggi. Untuk tempoh Januari sehingga 9 Ogos 2014, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 59,790 kes, berbanding 16,585 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013, iaitu peningkatan sebanyak 260% (43,205 kes).

Kematian denggi juga kini membimbangkan dimana sejak 3 minggu kebelakangan ini, jumlah kematian yang dilaporkan setiap minggu adalah tinggi iaitu di antara 7 hingga 13 kematian. Jumlah kumulatif kematian denggi dari Januari hingga 9 Ogos 2014 adalah 120 kematian berbanding dengan hanya 33 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013, meningkat sebanyak 90 kematian (272%).

Sehingga 9 Ogos 2014, terdapat sebanyak 680 lokaliti wabak melibatkan 13 buah negeri iaitu Selangor (389), Kelantan (198), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (25), Johor (25), Negeri Sembilan (13) dan masing-masing 6 lokaliti bagi Sarawak dan Pulau Pinang manakala negeri Perak 5 lokaliti. Bagi Melaka, Sabah, Perlis, Terengganu, Pahang dan Kedah melaporkan kurang dari 5 lokaliti wabak.

Gambar : Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB TPM di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, 12 Ogos 2014

IMG_5105.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s