Blog

Merokok penyakit ketagihan? Bukankah anda sudah belajar berhenti merokok semenjak Ramadhan yang lalu?

Kadanag-kadang saya berasa agak pelik apabila mengetahui ramai orang yang boleh kurangkan atau berhenti merokok semasa bulan Ramadhan tetapi tidak semasa bulan-bulan lain. Tahukah anda amalan merokok adalah sejenis penyakit ketagihan? Satu daripada lebih 4000 bahan toksik yang memudaratkan adalah NIKOTIN. Semua jenis rokok termasuk rokok elektronik mengandungi nikotin. Nikotin akan merangsang otak dan akan menyebabkan perasaan gembira, tidak mengantuk, aktif, seronok dan lain-lain perasaan positif. Bagi mendapatkan kepuasan yang maksium perokok akan terus merokok supaya paras nikotin bertambah dan otak dapat dirangsang dengan sepenuhnya.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika perokok mula mengurangkan atau berhenti merokok? Paras nikotin ini akan berkurang, otak tidak dirangsang dan tanda tanda ketagihan seperti badan lemah, rasa hendak demam, mengantuk dan lain-lain perasaan negatif akan bermula.

Bagi perokok yang mempunyai paras ketahigan rendah, perasaan ini akan berakhir dalam tempoh masa yang singkat dan jika berterusan mereka akan pasti berjaya berhenti merokok. Namun bagi perokok yang mempunyai paras ketagihan yang tinggi,mereka memerlukan masa yang lebih panjang , sokongan moral serta rawatan ubat-ubatan dalam usaha untuk terus berhenti merokok.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih ransangan otak pada paras nikotin yang rendah. Walaubagaimanapun bagi perokok dengan tahap nikotin yang tinggi akan menghadapi kesukaran untuk terus tidak merokok selepas berbuka puasa atau selepas Ramadhan berlalu.

Setiap tahun Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan program “Nafas Baru Bermula Ramadhan” dengan menggalakkan perokok –perokok mengambil kesempatan di bulan puasa untuk terus melawan ketagihan ini dan mendapatkan rawatan yang berkesan di klinik berhenti merokok. Semoga anda telah berjaya di Ramadhan yang lalu dan teruskan hingga Syawal dan selama-lamanya. Namun jika anda gagal, masih tidak terlambat dapatkan nasihat dan rawatan segera.

Bagi anda yang telah berjaya di Ramadhan yang lalu anda dinasihatkan untuk meneruskan kehidupan tanpa rokok sepanjang Syawal dan seterusnya sehingga anda boleh berhenti sepenuhnya. Jika anda mendapati kesukaran untuk mengekalkan kehidupan tanpa rokok , sila dapatkan khidmat berhenti merokok dari mana-mana klinik kesihatan berdekatan. ANDA BOLEH DIBANTU. Hanya dengan rawatan yang teratur dan berkesan anda mampu mengubahnya.

Namun jika anda masih tidak lagi mengambil langkah untuk berhenti merokok, anda masih tidak terlambat. Dapatkan nasihat dan rawatan segera atau hubungi talian infoline berhenti merokok 0388834400

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s