Kenyataan akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : Selangor, WP & Negeri Sembilan menunjukkan penurunan kes denggi

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA
Bagi Minggu 33 tahun 2014 (10 – 16 Ogos 2014)

Perlaksanaan Pelan Tindakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi 2014 untuk memeranggi denggi kini telah dilaksanakan selama 5 minggu sejak ianya dilancarkan pada 14 Julai 2014. Pelan Tindakan ini dilaksanakan di tiga negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan yang melaporkan kes tertinggi sebelum ini, telah menunjukkan hasil yang positif. Sehingga kini, ketiga-tiga negeri ini telah menunjukkan penurunan kes berbanding jumlah kes pada minggu 29 iaitu minggu di mana pelan tindakan mula dilaksanakan. Negeri Sembilan menunjukkan penurunan kes sebanyak 55%, Selangor 33% dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya 25%. Diharapkan dengan perlaksanaan pelan tindakan sepenuhnya ketika ini akan terus memberi kesan positif untuk mengurangkan kejadian kes dan wabak denggi.

Walau bagaimanapun, sepanjang minggu 33 tahun 2014 iaitu bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos 2014, sejumlah 3,070 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak 90 kes atau 3% berbanding 2,980 kes pada minggu sebelumnya. Peningkatan ini banyak disumbang oleh Kelantan yang melaporkan kes tertinggi dengan 1,334 kes, merupakan 44% daripada keseluruhan jumlah kes mingguan. Jumlah terkumpul kes dari Januari sehingga 16 Ogos 2014 adalah 62,860, peningkatan sebanyak 264% atau 45,585 kes berbanding dengan 17,275 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013. Bermula pada 19 Ogos 2014, Kementerian Kesihatan telah membekalkan Combo Rapid Test Kit ke semua negeri bagi mengesan awal kes Denggi. Oleh itu dalam tempoh beberapa bulan ini, dijangkakan lebih banyak kes denggi akan di kesan dan menyebabkan kes dilaporkan akan meningkat.

Berikutan situasi ini, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan pemantauan ke Kelantan iaitu ke Pengkalan Chepa pada 18 Ogos 2014 yang lalu bagi meninjau situasi sebenar denggi di Kelantan. Masalah utama yang dikenalpsati adalah masalah pengurusan sampah dan tiada sistem perparitan yang sempurna di kawasan penempatan penduduk. Perkara ini akan diambil tindakan segera oleh agensi-agensi yang berkenaan.

Selain daripada tindakan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain, persatuan-persatuan penduduk juga diharapkan untuk sama-sama memainkan peranan yang lebih aktif untuk turut sama membantu dalam kempen memerangi Aedes habis-habisan ini. Tubuhkan pasukan COMBI di kawasan sekiranya masih tiada atau pastikan pasukan COMBI yang telah ada dapat bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di komuniti masing-masing bagi mengelakkan jangkitan dan wabak denggi berlaku di kalangan masyarakat setempat.

Bagi pemantauan pembiakan Aedes yang dilakukan dari bulan Januari sehingga 9 Ogos 2014, sebanyak 3,194,906 premis telah diperiksa dan 10,338 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah nilaian RM 5,169,00 kepada pemilik premis yang didapati membiakkan Aedes. Sebanyak 58 premis telah dikenakan perintah penutupan sementara untuk tujuan pembersihan premis.

Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan situasi dengi di kawasan masing-masing dan sentiasa melaksanakan aktiviti berkaitan pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing. Untuk maklumat status kes denggi di kawasan kediaman masing-masing, orang ramai boleh melayari laman web iDengue iaitu idengue.remotesensing.gov.my.

Ingatlah! Denggi Membawa Maut

DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

20 Ogos 2014

IMG_5486-0.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s