Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sesungguhnya tahun ini memberi banyak cabaran kepada seluruh rakyat Malaysia apabila berlakunya insiden yang tidak disangka ke atas pesawat #MH17. Tambahan pula, insiden kehilangan pesawat #MH370 masih lagi segar di dalam ingatan kita semua. Diharap ujian yang diberikan kepada kita ini akan menjadikan negara kita lebih matang serta hendaknya, kita sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama lebih bersatu dan menyayangi antara satu sama lain. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmatan tanpa mengira waktu dan keadaan khususnya di dalam menyediakan sokongan psikososial kepada ahli keluarga mangsa MH17 dan membantu pihak berkuasa di dalam pengenalpastian identiti mayat mangsa.
Sempena Hari Berkabung Negara, warga Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa MH17. Kementerian juga amat menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota KKM yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengurusan krisis MH17 ini.
Semoga negara sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Hisham
Categories: Blog, Crisis & Disaster, MH17