Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : Kelantan masih lagi negeri melaporkan jumlah kes tertinggi

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 34 tahun 2014 (17 – 23 Ogos 2014)

Pada Minggu Epid ke 34 tahun 2014, sebanyak 2,812 kes telah dilaporkan iaitu menurun 258 kes (8.4%) berbanding dengan minggu sebelumnya 3,070 kes. Kelantan masih lagi negeri yang melaporkan kes tertinggi pada minggu lepas iaitu 1,286 kes atau (46%) daripada keseluruhan. Namun situasi denggi di negeri lain juga perlu dipantau dengan rapi kerana pada minggu lepas Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak 60%, Kedah 21%, Pulau Pinang 17% dan Sabah 15%. Jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan diseluruh negara adalah 65,672 kes berlaku peningkatan sebanyak 263% (47,573 kes) berbanding dengan hanya 18,099 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.

Dalam tempoh yang sama, terdapat dua (2) kematian denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 128 kematian, meningkat sebanyak 93 kematian (266%) berbanding hanya 35 kematian direkodkan bagi tempoh yang sama tahun 2013. Kematian dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dan Kelantan melibatkan surirumah berusia 40 tahun dan seorang pesara berusia 60 tahun.

Pada minggu lepas, sejumlah 736 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 13 negeri iaitu 377 lokaliti di Selangor, 264 lokaliti di Kelantan, 32 lokaliti di Johor, 18 lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, sepuluh (10) lokaliti di Sarawak, sembilan (9) lokaliti di Negeri Sembilan, tujuh (7) lokaliti di Terengganu, enam (6) lokaliti di Pulau Pinang, lima (5) lokaliti di Melaka, tiga (3) lokaliti di Perlis dan Pahang serta masing-masing satu (1) lokaliti di Perak dan Sabah. Daripada jumlah ini, terdapat 192 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu Kelantan (115) dan Selangor (77).

Bagi Ops Mega yang dijalankan untuk mengawal kes dan wabak denggi di 10 daerah di Lembah Klang dan Seremban sejak 6 minggu yang lalu, telah menunjukkan penurunan kes dilaporkan iaitu sebanyak 59 % di Seremban, 43% di Selangor dan 40% di WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Begitu juga dengan lokaliti hotspots menunjukkan penurunan iaitu di Selangor, dari 88 lokaliti berkurang kepada 75 lokaliti dan di Seremban daripada 2 lokaliti kepada tiada lokaliti manakala di WP Kuala Lumpur & Putrajaya tiada lokaliti hotspots dilaporkan. Operasi ini masih diteruskan sehingga situasi denggi lebih terkawal di negeri tersebut.

Bagi membantu kerajaan menangani denggi, YB Menteri Kesihatan telah membuat perjumpaan dengan 20 Pusat Pengajian Sains Perubatan, Intitusi Pengajian Tinggi pada 25 Ogos 2014 yang lalu. Mereka terdiri daripada 8 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 12 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memerangi denggi. Setiap IPTA / IPTS akan melaksanakan Inisiatif Kawalan Denggi dengan menggunakan kepakaran dan inovasi masing-masing dilokaliti hotspot denggi terpilih. Diharapkan dengan inisiatif ini dapat melengkapkan lagi usaha Kerajaan dalam memastikan wabak denggi yang melanda negara ketika ini terkawal.

Sempena sambutan bulan Kemerdekaan masyarakat Malaysia juga diminta sentiasa terus memastikan persekitaran mereka adalah bersih dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Luangkan hanya 10 minit seminggu, pastikan semua takungan air jernih yang tidak digunakan dipersekitaran masing-masing dimusnahkan. Bagi takungan air kekal hendaklah sentiasa ditutup atau diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik serta diperiksa seminggu sekali. Ingatlah ‘Denggi Boleh Membunuh’

DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

27 Ogos 2014

IMG_5740.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s