Kerajaan memperuntukkan RM 27.6 Juta untuk kawalan denggi

Petang ini saya sekali lagi mempengerusikan mesyuarat pelbagai agensi “Mesyuarat Pasukan Khas Denggi Peringkat Kementerian bilangan 4/2014”. Kabinet telah meluluskan peruntukan RM 27.6 juta untuk operasi mega kawalan denggi di kawasan Lembah Klang termasuk negeri Kelantan.

Pada Minggu Epid ke 34 tahun 2014, sebanyak 2,812 kes telah dilaporkan iaitu menurun 258 kes (8.4%) berbanding dengan minggu sebelumnya 3,070 kes. Kelantan masih lagi negeri yang melaporkan kes tertinggi pada minggu lepas iaitu 1,286 kes atau (46%) daripada keseluruhan. Namun situasi denggi di negeri lain juga perlu dipantau dengan rapi kerana pada minggu lepas Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak 60%, Kedah 21%, Pulau Pinang 17% dan Sabah 15%. Jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan diseluruh negara adalah 65,672 kes berlaku peningkatan sebanyak 263% (47,573 kes) berbanding dengan hanya 18,099 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.

Dalam tempoh yang sama, terdapat dua (2) kematian denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 128 kematian, meningkat sebanyak 93 kematian (266%) berbanding hanya 35 kematian direkodkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.

photo-5

IMG_5756-3.JPG

IMG_5757-0.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s