Kementerian Kesihatan Malaysia bersatu dalam MH17

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Negara banyak diduga dengan cabaran yang tidak dijangka sepanjang tempoh setahun yang lepas termasuklah insiden Lahad Datu, banjir di Pantai Timur, kehilangan MH370 serta baru-baru ini insiden menyayat hati MH17. Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang penting di dalam kesemua insiden tersebut. Semoga segala dugaan ini menjadikan kita sebuah negara yang lebih matang serta bersatu padu. Saya terharu melihat kesatuan seluruh warga Kementerian Kesihatan apabila kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang menghormati serta melahirkan rasa sedih apabila jenazah mangsa MH17 kembali ke tanah air baru-baru ini.

Sempena dengan semangat kemerdekaan pada bulan ini, saya menyeru kepada semua warga KKM agar mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku serta bersatu hati agar kita semua lebih bersemangat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Saya juga mengambil kesempatan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Disaster Victims Identification (DVI), pasukan psychosocial, pasukan perubatan serta Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang menguruskan insiden MH17. Saya juga menghargai keperihatinan serta doa seluruh warga KKM kepada mangsa dan keluarga mangsa MH17.

Malaysia… Di sini lahirnya sebuah cinta
Selamat Hari Kemerdekaan ke-57

Video ini ditujukan khas kepada warga KKM….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s