Blog

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji cadangan pengawalan rokok elektronik

Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal khas bagi mengkaji kesan rokok elektronik dan cadangan untuk mengawalnya, pada bulan Ogos 2013. Jawatankuasa ini telah mengambil kira potensi peranan rokok elektronik di dalam membantu perokok mengurangkan pengambilan rokok atau berhenti merokok. Turut diambil kira adalah kemungkinan kesan kesihatan kepada pengguna rokok elektronik dan mereka di sekelilingnya, kesan budaya, impak ke atas usaha mengurangkan budaya merokok di Malaysia dan potensi ketagihan nikotin kepada mereka yang tidak pernah merokok sebelum ini.

Kementerian Kesihatan memandang serius tentang isu yang dihadapi berkaitan penjualan rokok elektronik terutama di kalangan remaja bawah umur. Cadangan pengawalan terutama kepada kumpulan sasar remaja bawah umur akan dikaji dengan lebih terperinci. Pada masa yang sama Pihak Kementerian Kesihatan sedang mengkaji dengan lebih lanjut tindakan kawalan yang lain untuk mengatasi masalah kesan negatif penggunaan rokok elektronik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pertimbangan ini adalah selari dengan syor yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, yang menyatakan bahawa kesan kesihatan jangka masa panjang akibat menghisap wap rokok elektronik masih belum dikenal pasti lagi. Tambahan pula rokok elektronik perlu dikawal kerana ianya adalah cara baru yang berpotensi menyebabkan ketagihan nikotin di kalangan mereka yang tidak pernah merokok sebelum ini.

Hisham

IMG_5838.JPG

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s