Kementerian Kesihatan sedang merangka Pelan Tindakan Kesihatan Persekitaran Kebangsaan

Pada hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu “National Environmental Health Action Plan (NEHAP)”. Telah setahun berlalu semenjak mesyuarat JK Pemandu NEHAP yang pertama diadakan pada 01 Ogos 2013. Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan kesihatan dan persekitaran antaranya jerebu yang berlaku pada awal tahun ini yang menyebabkan sekolah-sekolah di Manjung terpaksa ditutup dan krisis air di beberapa negeri seperti Selangor dan Melaka yang mengakibatkan pencatuan air berjadual serta penggunaan bekalan air daripada sumber alternatif di beberapa daerah. Terdapat juga beberapa lokasi pantai peranginan seperti di Pulau Pinang turut terjejas dengan kontaminasi semasa cuaca panas dan kering. Negara juga masih berdepan dengan penyakit yang ada kaitan dengan alam sekitar seperti denggi dan leptospirosis yang memerlukan tindakan strategik dilaksanakan oleh pelbagai agensi.

Perkara ini telah menyedarkan kita betapa alam sekitar dan impak ke atas kesihatan perlu dipelihara, dan kerjasama pelbagai pihak melalui platform NEHAP ini diperlukan untuk kesinambungan kesejahteraan kehidupan masyarakat. Pada hari ini mesyuarat membincangkan Pelan Tindakan NEHAP Malaysia yang telah disediakan pada 17 – 18 Jun 2014 yang lepas.

Jawatankuasa Pemandu NEHAP dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Kementerian Sumber Manusia, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah.

IMG_5848-0.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s