Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Air dari Mesin Jual Air perlu mematuhi standard yang ditetapkan.

Keselamatan dan Kebersihan Air dari Mesin Jual Air

Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa keselamatan dan kebersihan air dari mesin jual air adalah dikawal di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan air dari mesin jual air hendaklah mematuhi standard seperti yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima termasuk standard bakteria manakala Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menetapkan keperluan-keperluan kebersihan mesin jual air.

Berhubung dengan laporan akhbar the Star bertarikh 19 Ogos 2014 bertajuk “Bacteria in your drinking water” iaitu mengenai air dari mesin jual air yang tercemar, 15 sampel air dari mesin jual air telah diambil dan keputusan analisis mendapati 4 sampel melanggar Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 3 sampel dikesan mengandungi coliform melebihi had dibenarkan sementara 1 sampel dikesan mengandungi E. coli. 4 mesin air tersebut telah disita.

KKM menegaskan bahawa KKM akan terus menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan. Pemunya atau pengendali mesin jual air yang tidak mematuhi peraturan-peraturan berkenaan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penyitaan mesin jual air.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Menteri Kesihatan Malaysia

5 September 2014

IMG_5857-1.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s