Blog

Kenyataan Akhbar KP Kesihatan : Minyak Masak Kitar Semula di Taiwan

ISU MINYAK MAKAN KITAR SEMULA DI TAIWAN DAN PRODUK MAKANAN YANG DICEMARI OLEH MINYAK MAKAN KITAR SEMULA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum skandal minyak makan kitar semula di negara Taiwan dan produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan dan luar negara serta laman web tertentu sejak 8 September 2014. Laporan tersebut adalah berhubung syarikat Chang Guann Co. di Taiwan yang didakwa menghasilkan minyak makan daripada minyak terpakai yang dikitar semula. Susulan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk mengenalpasti syarikat makanan yang menggunakan minyak makan daripada syarikat terbabit untuk menghasilkan produk mereka.

Berdasarkan maklumat dari Food Safety Information of Malaysia (FoSIM), tiada pengimportan minyak makan dari syarikat Chang Guann Co. di Taiwan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas minyak makan yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di Taiwan.

KKM sedang mendapat maklumat lanjut dari Taiwan Economic and Cultural Office di Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

12 September 2014

IMG_6053.PNG

Categories: Blog, Food, Press, Press response

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s