Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Kes warganegara Zimbabwe di Sarawak tidak disyaki Ebola buat masa ini

PENCERAHAN BERKAITAN KES DILAPORKAN SEBAGAI DISYAKI PENYAKIT VIRUS EBOLA DI HOSPITAL UMUM KUCHING, SARAWAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Malay Mail bertarikh 15 September 2014 yang melaporkan mengenai satu (1) kes yang disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD) melibatkan seorang lelaki warga Zimbabwe berusia 24 tahun, yang juga merupakan seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri Sarawak. Kes mengalami demam, sakit tekak dan batuk bermula pada 13 September 2014 dan dirawat sebagai jangkitan pada saluran pernafasan di Hospital Umum Kuching, Sarawak (HUS). Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD. Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala. Sehubungan itu, buat masa ini kes ini tidak disyaki sebagai menghidap EVD.

KKM bekerjasama rapat dengan semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kesiapsiagaan menghadapi penularan penyakit EVD ke dalam negara. Melalui pemantauan berterusan yang dijalankan, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes yang disahkan menghidap EVD di Malaysia. KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan terus memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
15 September 2014

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s