PERKEMBANGAN TERKINI PELAJAR WARGA ZIMBABWE YANG DIRAWAT DI HOSPITAL UMUM KUCHING, SARAWAK
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan mengenai perkembangan terkini kes warga Zimbabwe yang dirawat sebagai jangkitan saluran pernafasan di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Pada ketika ini beliau dalam keadaan beransur pulih dan memberikan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan. KKM juga ingin memaklumkan ujian makmal ke atas sampel klinikal pesakit telah dijalankan pada 16 September 2014 di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan mendapati negatif kepada Ebolavirus.
Sehubungan itu, KKM ingin menjelaskan semula bahawa sehingga kini tiada kes yang disahkan menghidap EVD di Malaysia. KKM akan terus mengukuhkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi kemungkinan penularan penyakit EVD ke dalam Negara. KKM juga melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke- semasa.
Sekian dan terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
16 September 2014
Categories: Blog, Communicable disease, Ebola, Press