Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Kes denggi menurun pada minggu 36 tahun 2014

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 36 tahun 2014 (31 Ogos – 6 September 2014)

Sepanjang minggu ke 36 tahun 2014 iaitu bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 September, sejumlah 2,193 kes Demam Denggi telah dilaporkan, menurun sebanyak 279 kes (11%) berbanding dengan minggu sebelumnya 2,472 kes. Namun begitu masih terdapat beberapa negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Negeri Sembilan 25 kes (119%), Sabah 12 kes (67%), Sarawak 8 kes (26%) dan Terengganu 3 kes (5%). Dari Januari hingga kini, jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan diseluruh negara adalah 70,337 kes dimana berlaku peningkatan sebanyak 258% (50,673 kes) berbanding dengan hanya 19,664 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.

Bagi tempoh yang sama, terdapat dua(2) kematian denggi dilaporkan menjadikan kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 133 kematian, meningkat sebanyak 94 kematian (241%) berbanding hanya 39 kematian yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Kematian dilaporkan berlaku di WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan melibatkan seorang lelaki berusia 51 tahun dan 29 tahun. Semua kes kematian telah disahkan meninggal akibat komplikasi demam denggi.

Pada minggu lepas, sejumlah 606 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 13 negeri iaitu 312 lokaliti di Selangor, 219 di Kelantan, 26 di Johor, sembilan (9) di Melaka dan Terengganu, tujuh (7) di Pulau Pinang, enam (6) di Negeri Sembilan, lima (5) di Pahang, empat (4) Di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, tiga (3) di Sarawak dan Perak, dua (2) di Sabah dan satu (1) di Perlis. Daripada jumlah ini, terdapat 197 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu Kelantan (130), Selangor (66) dan Pulau Pinang (1).

Pemantauan KKM menunjukkan kadar pembiakan Aedes diseluruh negara adalah 1.52% iaitu 52% melebihi dari kadar sensitif 1.0%. Disamping itu, survelan populasi nyamuk dewasa menunjukkan nilai indeks Aedes Dewasa adalah tinggi iaitu sebanyak 2. Ini bermakna risiko kadar seorang individu akan digigit oleh 2 ekor nyamuk dalam tempoh 1 jam. Berdasarkan situasi ini masyarakat diminta menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran mereka dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Masyarakat juga diseru melindungi diri dari gigitan nyamuk dengan menggunakan baju berlengan panjang dan repelan.

Secara keseluruhannya usaha Pasukan Petugas Khas iaitu Kementerian Kesihatan bersama-sama kementerian dan agensi lain dalam “Ops Mega” telah berjaya mengurangkan kes dan wabak denggi di semua negeri yang menjalankan operasi ini. Tindakan bersepadu yang dilaksanakan telah membuktikan hasil yang positif untuk mengawal denggi. Ianya bukan saja menurunkan kes di negeri yang terlibat tetapi juga menurunkan kes keseluruhan negara iaitu sebanyak 30% dalam tempoh 4 minggu lepas. Oleh itu setiap kementerian dan agensi perlu meneruskan usaha aktiviti pencegahan denggi melalui peranan masing-masing agar kes dapat diturunkan kepada kadar yang lebih rendah.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 September 2014

photo-6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s