Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia: Sumbangan pasukan DVI Malaysia MH17 dihargai

MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN DVI MALAYSIA DI HILVERSUM BAGI NAHAS PESAWAT MALAYSIA AIRLINES (MAS) MH17

Pada hari ini satu majlis penghargaan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada anggota Pasukan DVI Malaysia yang terlibat dalam Operasi Disaster Victim Identification (DVI) MH17 di Hilversum telah diadakan berikutan tragedi nahas pesawat MH17 Malaysian Airlines yang melibatkan empat puluh tiga warganegara Malaysia termasuk lima belas anak kapal dan dua (2) bayi pada 17 Julai 2014 yang lalu.

Pasukan DVI Malaysia di Hilversum terdiri dari pegawai dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia serta Jabatan Kimia Malaysia dan mereka dihantar secara berperingkat ke Hilversum Belanda. Sehingga 17 September 2014, seramai dua puluh lima anggota Pasukan Disaster Victim Identification (DVI) Malaysia di Hilversum telah pulang ke tanah air.

Pasukan DVI Malaysia yang bertugas di Hilversum adalah pasukan pakar berbilang agensi yang dibentuk oleh Kerajaan Malaysia dan diketuai oleh Dr Mohd Shah Mahmood, Pakar Perunding Perubatan Forensik KKM. Pasukan DVI Malaysia ini bukan sahaja menjalankan tugas berdasarkan kepakaran masing-masing tetapi juga menjadi antara wakil Kerajaan Malaysia dalam perundingan di Ukraine dan Belanda bagi memastikan kepentingan negara Malaysia terpelihara semasa Operasi DVI MH17 berlangsung. Kepakaran dan profesionalisma Pasukan DVI Malaysia di Hilversum diakui setanding dengan pasukan DVI antarabangsa yang lain.

Pasa masa ini, tugas pengenalpastian mangsa tragedi nahas pesawat MH17 Malaysian Airlines masih lagi berjalan di Hilversum dan seorang lagi pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia masih lagi berada Hilversum, Belanda sebagai wakil kerajaan Malaysia di dalam Lembaga Identifikasi untuk proses pengesahan identiti mangsa-mangsa tragedi MH17.

Justeru, KKM akan terus komited dalam memantau dan menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan Operasi DVI MH17 sehingga semua mangsa nahas dapat dikenalpasti dan dibawa pulang ke tanah air. Selain itu KKM akan terus komited untuk menghantar Pasukan Pakar Perubatan Forensik (DVI Malaysia) ke Belanda sekiranya diperlukan.

Sekian dan terima kasih.

DATUK SERI DR.S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
17 September2014

IMG-20140917-WA0008IMG-20140917-WA0005IMG-20140917-WA0009 IMG-20140917-WA0010 IMG-20140917-WA0011

 

 

10636020_10152201499571237_6807831179275788423_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s