Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

Semakin banyak promosi iklan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran kini, tidak kira di TV, Radio dan surat khabar. Adakah mereka dibenarkan melakukan promosi sebegini?

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu.

Bagi produk makanan tambahan pula, ianya tidak perlu berdaftar dengan PBKD, KKM tetapi ia tidak seharusnya membuat sebarang tuntutan perubatan contohnya boleh meningkatkan keupayaan seks bagi lelaki. Dalam perkara ini kekeliruan boleh berlaku apabila bentuk produk dibuat seolah-olah seperti ubat namun ianya adalah sebenarnya berstatus makanan tambahan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain.

Kewujudan media-media baru seperti laman web dan laman sosial seperti Facebook telah merancakkan siaran iklan-iklan mengenai produk dan perkhidmatan Kesihatan. Kebanyakan iklan dan promosi produk-produk tersebut biasanya tidak mendapat kelulusan LIU dan memaparkan testimoni yang sengaja direka tanpa sebarang asas dan tidak berpaksikan kepada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan mereka. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan iklan yang diragui atau disyaki mempunyai unsur penipuan bagi mengelakkan kemudaratan.

Maklumat lanjut di http://www.pharmacy.gov.my

Poster_01-Ubat_Berdaftar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s