KKM terokai kerjasama lebih erat dengan Institut Perubatan & Pergigian Termaju USM

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) adalah merupakan salah sebuah institusi di bawah Universiti Sains Malaysia yang terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sejak awal penubuhannya, IPPT telah mengadakan kerjasama pintar dengan Hospital Kepala Batas (HKB) yang mula beroperasi pada 2003. Ketika itu, beberapa perkhidmatan kepakaran telah dapat diwujudkan dengan adanya kemudahan sumber manusia yang terlatih dan juga kemudahan infrastruktur serta peralatan perubatan yang disediakan dan disumbang oleh IPPT. Kini IPPT telah pun mempunyai kemudahan infrastrukturnya sendiri dan dan kerjasama dengan HKB masih diadakan. Antara kemudahan yang disediakan melalui kerjasama ini adalah kemudahan Chemotherapy Drug Reconstitution (CDR) yang dibangunkan oleh IPPT di dalam kawasan Hospital Kepala Batas.

Buat masa ini, terdapat tiga buah hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menyediakan perkhidmatan radioterapi iaitu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sultan Ismail, Johor. Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultan Ismail, Johor memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit kanser di seluruh Semenanjung Malaysia manakala Jabatan Radioterapi, Hospital Umum Sarawak memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dari Sabah dan Sarawak.

Memandangkan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju mempunyai kemudahan infrastruktur kemudahan wad dan juga bunker serta sumber manusia, KKM sedang mengkaji bagaimana perkhidmatan radioterapi dan onkologi dapat disediakan melalui kerjasama dengan IPPT menggunakan konsep “National Blue Ocean Strategy”.

IMG_6170-0.JPG

IMG_6242-0.JPG

IMG_6243-0.JPG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s