Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: “Pil gugur”

Ubat yang disalahgunakan sebagai pil gugur yang dijual secara haram oleh mereka yang tidak bertanggung jawab adalah Tablet Cytotec yang merupakan produk berdaftar dengan nombor pendaftaran MAL19890225AR. Tablet ini mengandungi Misoprostol 200 mcg, yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B di mana ia boleh diperoleh di klinik-klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi-farmasi. Kegunaan utama tablet Cytotec yang didaftarkan adalah untuk merawat ulcer. Kegunaan selain daripada rawatan ulcer adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan tablet Cytotec tanpa nasihat pengamal perubatan adalah amat berbahaya. Penggunaannya selain dari untuk rawatan ulcer boleh membawa maut.

Pemegang pendaftaran bagi produk ini adalah Pfizer (M) Sdn. Bhd. Manakala syarikat yang dilantik untuk mengedarkan adalah Zuellig Pharma (M) Sdn. Bhd. Zuellig Pharma (M) Sdn. Bhd. hanya boleh menjual Tablet Cytotec kepada klinik perubatan swasta dan farmasi sahaja.

Semua produk yang berdaftar di negara ini mempunyai 2 ciri bagi memastikan ianya adalah dari sumber yang sah, iaitu nombor pendaftaran produk yang unik dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di samping itu, setiap produk yang hendak dipasarkan perlu mempunyai logo hologram pada kotaknya.

Penjualan produk ini hanya dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh pemegang pendaftaran. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau orang perseorangan sebagai agen bagi produk yang didaftarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan, di samping menyalahi undang-undang, ketulenan dan kesahihan produk tersebut juga diragui. Orang awam boleh membuat aduan terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
22 September 2014

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Jamaliah says:

    “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan”. Tapi kenapa a reknowned Medical Centre pun ada beri ubat ni to patients.. My niece was prescribed with this medicine/pill when she had her first “keguguran”. Then when she was pregnant with her second baby, the baby did not grow and died. And she could not conceive after her second “keguguran”. Is the effect on my niece is due to the pills she took n prescribed by the doctor? How come Medical Centres did not know and are not aware on the dangerousness of this pill and prescribed this killer pills to patients? Do hospitals or medical centres have any SOPP wrt purchasing and prescribing of pills/medicines? My niece is now traumatised and depressed with this shock news and would like to complain and take action on the Medical Centre.

    Like

    1. DG of Health says:

      Perhaps you need to consult the doctor or specialist who prescribed the medication and highlight the indications. It’s rather difficult for me to make any judgement or comments without having the case notes and managing the patient

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s