Kenyataan Akhbar KP Kesihatan: Tiada telur tiruan di pasaran

KENYATAAN AKHBAR KP KESIHATAN: ISU PENJUALAN TELUR TIRUAN DI PASARAN TEMPATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial kebelakangan ini. Laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.

Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan.

KKM telah menjalankan siasatan berkaitan perkara ini dan mendapati tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan.

KKM memandang serius berkaitan isu ini. Perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini. Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 SEPTEMBER 2014

IMG_6329.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s