Kementerian Kesihatan akan terus menyokong pembangunan perkhidmatan perubatan kebakaran

Teks ucapan perasmian ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempena 3rd HKL BURN SEMINAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 di Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain
Pengarah Hospital Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Mr (Dr) Mohammad Ali Mat Zain
Timbalan Ketua Jabatan &a Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif
Hospital Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Mr (Dr) Zainal Ariffin Azizi
Ketua Jabatan Pembedahan Am & Pakar Perunding Kanan Bedah Vaskular
Hospital Kuala Lumpur

Yang Berusaha Miss (Dr) Salmi Mohamed Sukur
PaKar Bedah Plastik & Pengerusi 3rd HKL Burn Seminar 2014

Yang Berusaha Dr. Nor Izzah Hj Ahmad Shauki
Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Pakar-Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan Institut Pengurusan Kesihatan, wakil media, tuan-tuan dan puan-puan, para peserta kursus yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama hadir ke 3rd HKL Burn Seminar Peringkat Kebangsaan 2014 pada kali ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur bersama Jabatan Farmasi dan Jabatan Dietetik & Sajian kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan seminar ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta seminar kerana dapat menghadirkan diri pada kali ini.

Tuan –Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kes kebakaran yang di laporkan berlaku di Malaysia samada melibatkan industri perkilangan mahupun domestic. Antaranya beberapa kejadian yang melibatkan kebakaran rumah di sekitar Lembah Klang pada tahun ini akibat letupan elektrik (electrical burn injury), telah menyebabkan kematian beberapa mangsa yang terlibat. Dari statistik insiden lain, kecuaian manusia juga adalah antara faktor yang dikenal pasti dalam menyumbangkan kepada peningkatan kes luka bakar ini seperti luka melecur(scalded burn injury).

Akibat peningkatan kes-kes tersebut, ianya turut menyumbangkan kepada pertambahan kemasukan pesakit akibat luka bakar di hospital-hospital di Malaysia. Peningkatan pesakit-pesakit ini menjadi satu cabaran yang besar kepada pihak hospital untuk merawat dan menguruskan kes luka bakar terutamanya yang melibatkan major burn pada tahap yang maksimum.
Seperti saya sedia maklum, sehingga hari ini tidak semua hospital di Malaysia di lengkapi dengan prasarana/infrastruktur dan mampu memberi perkhidmatan sebagai sebuah Unit Rawatan Kebakaran. Pada masa ini, perkhidmatan di Unit Rawatan Kebakaran boleh di dapati di hospital-hospital negeri dan hospital berpakar major KKM.

Anggaran bilangan katil pesakit-pesakit luka bakar di hospital-hospital berpakar major KKM adalah 105. Sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 3712 kes luka bakar yang telah diterima masuk ke hospital-hospital negeri KKM pada tahun 2013, berbanding 2696 bilangan kes luka bakar pada tahun 2012.

Hospital Kuala Lumpur merupakan hospital di Malaysia yang dilengkapi dengan prasarana lengkap sebagai sebuah Unit Rawatan Kebakaran dengan bilangan 9 katil untuk menerima dan merawat pesakit luka bakar dari seluruh Malaysia.

Pada tahun 2011, saya dimaklumkan bahawa Hospital Kuala Lumpur telah menerima kemasukan pesakit luka bakar seramai 121 orang. Angka tersebut terus meningkat kepada 129 kes pada tahun 2013. Pada tahun 2014, sehingga kini, Hospital Kuala Lumpur telah merawat pesakit luka bakar melebihi 100 orang samada melibatkan minor atau major burn serta melibatkan 10 mortaliti. Matlamat dalam rawatan pesakit ini adalah untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat daripada luka bakar.

Tuan –Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mana-mana program pembangunan kesihatan khususnya perkhidmatan kebakaran. Sebagai contoh, sejumlah RM 8,650,219.00 telah diperuntukkan bagi projek pengubahsuaian bangunan sedia ada dan pembinaan bangunan baru khususnya untuk Unit Kebakaran di Hospital Bintulu. Unit Kebakaran tersebut menyediakan 8 buah katil dengan pengagihan 4 buah katil di HDU, 2 buah katil di ICU dan 2 buah katil di ICU (Isolation Ward). Cadangan tersebut dipersetujui setelah mengambil kira lokasi dan keperluan Bandar Bintulu yang berada di tengah-tengah aktiviti perindustrian berasaskan gas cecair asli, beberapa projek minyak dan gas yang meningkatkan lagi risiko kemalangan kebakaran atau letupan. Apabila projek ini siap kelak, ia dapat meningkatkan kualiti rawatan luka bakar bagi pesakit-pesakit di negeri Sarawak, selain bertindak sebagai perkhidmatan tambahan kepada Unit Rawatan Kebakaran yang terletak di Hospital Umum Sarawak.

Tuan –Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Holistic Burn Care merupakan tema yang dipilh bagi 3rd HKL Burn Seminar pada tahun ini. Ini adalah bertepatan dengan aspek di dalam penjagaan pesakit luka bakar di mana melibatkan Multidisciplinary Team(MDT) yang terdiri daripada pakar-pakar bedah am dan plastik yang terlibat secara langsung di dalam rawatan pesakit luka bakar sama ada dari segi operatif atau non operatif serta di sokong oleh pakar dietitian, farmasi, jurupulih carakerja dan fisioterapi. Seperti yang kita sedia maklum, penjagaan luka bakar bukan sahaja melibatkan rawatan secara operatif sahaja, namun ia juga turut mengambilkira aspek pemakanan, penjagaan luka, pengurusan parut dan juga proses rehabilitasi pesakit dalam mengurangkan kesan luka bakar. Pendekatan secara menyeluruh ini penting dalam mencapai sasaran untuk memberikan rawatan secara optimum sekaligus mengurangkan risiko komplikasi luka bakar. Pada masa ini, terdapat 3 orang pakar bedah am yang memiliki subkepakaran dalam bidang Trauma & Burns iaitu 1 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, 1 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan 1 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Tuan –Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Saya amat bersyukur dan gembira kerana saya dimaklumkan bahawa penyertaan untuk seminar ini adalah amat menggalakkan daripada semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan dengan ini,saya amat berharap agar seminar yang berlangsung selama 2 hari ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif sebenar penganjuran seminar ini.

Di samping itu juga, dengan wujudnya program seperti ini diharap dapat dikongsikan bersama kaedah rawatan yang terbaik ke atas luka bakar secara menyeluruh sekaligus dapat diaplikasikan oleh semua hospital, jabatan atau unit yang terlibat secara langsung atau tidak dari masa ke semasa. Oleh yang demikian pendekatan multidisiplin amat penting dalam penjagaan dan perawatan pesakit luka bakar untuk mencapai keberkesanan dalam setiap rawatan seterusnya mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua peserta seminar dapat memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya di dalam setiap pengisian/ceramah yang diatur oleh pihak penganjur seminar. Segala ilmu yang diperolehi agar dapat dimanfaatkan kepada pesakit luka bakar di hospital tuan/puan dalam menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup pesakit luka bakar.

Kementerian Kesihatan menyambut baik usaha mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang kebakaran, justeru menyediakan peruntukkan LDP (Latihan Dalam Perkhdimatan) untuk menghantar mana-mana anggota kesihatan daripada pelbagai gred dan kategori bagi tujuan mendapatkan latihan khusus dalam bidang perkhidmatan dan rawatan kebakaran di luar negara. Walaubagaimanapun semua permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan displin masing-masing.

Pada masa ini, terdapat pelbagai kursus posbasik yang merangkumi bidang kebakaran untuk kumpulan paramedic di dalam negara,seperti Advance Diploma in Intensive Care, Advance Diploma in Emergency Care dan Advance Diploma in Oncology Care.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Besarlah harapan saya agar semua peserta seminar akan beroleh manfaat di sepanjang seminar ini berlangsung. Penglibatan dan kehadiran tuan/puan secara aktif dalam menjayakan seminar ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tuan/puan dalam pengjagaan pesakit luka bakar pada masa hadapan serta dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan warga hospital tuan/puan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang tidak dapat hadir ke seminar supaya Holistic Burn Care dapat dilaksanakan dengan jaya.

Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Kerja 3rd HKL Burn Seminar tahun 2014 Hospital Kuala Lumpur di atas kejayaan menganjurkan seminar ini yang sudah pasti akan banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Akhir kata,dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan 3RD Hkl Burn Seminar Peringkat Kebangsaan 2014 dengan jaya.

Saya sudahi ucapan ini dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian terima kasih.

DSC_8107

DSC_8127

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s