Pada hari ini BAKTI menganjurkan satu seminar “Minda Sihat Cegah Kemurungan” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan anggota BAKTI, PERKEP, PUSPANITA dan pertubuhan wanita lain mengenai kepentingan kesihatan mental dan penjagaannya. Kementerian menekankan aspek menangani stress dengan baik dalam kehidupan seharian. Kementerian Kesihatan mengambil kesempatan ini untuk memberi fokus kepada aspek pengenalpastian tanda-tanda awal kemurungan seperti kesedihan berpanjangan, letih lesu, hilang fokus, hilang minat dalam melakukan perkara yang disukai dan lain-lain. Masyarakat perlu sedar kepentingan mengenalpasti kemurungan di peringkat awal kerana tanpa bantuan dan rawatan yang sepatutnya kemurungan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti tingkah laku bunuh diri. Di Malaysia, terdapat 11.2% masyarakat dewasa yang menyalami masalah kesihatan mental 2006 (berdasarkan kepada perangkaan National Health and Morbidity Survey 2006, Institute of Public Health MOH) dan pada tahun 2011 sebanyak 1.8% masyarakat Malaysia dewasa mengalami kemurungan (berdasarkan kepada perangkaan National Health and Morbidity Survey 2011, Institute of Public Health MOH). Seminar hari ini turut dihadiri oleh YABhg Datin Seri Hajah Rosmah binti Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Categories: Blog, Non-communicable disease, Primary Care & Community