Pada pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian Bil.6 /2014.
Hasil dari pelaksanaan pelan tindakan ini, ketiga-tiga negeri di lembah Klang telah menunjukan tren penurunan bagi kes mingguan dan wabak yang dilaporkan seterusnya berjaya mengurangkan bilangan kes keseluruhan negeri tersebut. Dalam tempoh 2 bulan, Negeri Sembilan telah berjaya menurunkan kes sebanyak 51%, Selangor berjaya menurunkan kes sebanyak 48% dan WP Kuala Lumpur sebanyak 36%. Manakala Kelantan, dalam tempoh 5 minggu pelan tindakan bersepadu dijalankan juga menunjukkan tren penurunan kes mingguan dan telah berjaya menurunkan kes sebanyak 69%.
Begitu juga dengan dengan kesan terhadap wabak denggi, bilangan Hotspots di Lembah Klang berjaya diturunkan dari 94 kawasan kepada 58 kawasan. Manakala di Seremban tiada kejadian hotspots dilaporkan sejak 6 minggu lalu.
Pihak Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan tahnian dan terima kasih kepada semua kementerian dan agensi yang terlibat iaitu;
a. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
b. Kementerian Kerja Raya,
c. Kementerian Sumber Manusia,
d. Kementerian Pendidikan,
e. Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
f. Kementerian Dalam Negeri,
g. Kerajaan Negeri
Categories: Blog, Communicable disease, Dengue, Hospital Services, Primary Care & Community