ULASAN BAJET 2015
Pengumuman YAB Perdana Menteri amat dialu-alukan khususnya di dalam menambah bilangan fasiliti kesihatan kerajaan kerana ini dilihat dapat mempertingkatkan kebolehcapaian rakyat kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini. Usaha ini juga dilihat dapat menyokong pelan jangkamasa panjang Kementerian untuk mentransformasikan sektor kesihatan pada masa depan. Peruntukan khas Kerajaan untuk aktiviti pencegahan penyakit denggi juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan di dalam membendung penyakit yang membawa maut ini. Usaha ini tidak akan berjaya kecuali jika rakyat juga turut serta membantu di dalam aktiviti kawalan terutamanya di dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk. Perluasan dasar pelepasan cukai untuk pesakit dan ahli keluarga bagi penyakit serius merupakan langkah yang sesuai dengan situasi semasa.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10 Oktober 2014