RESPON KKM TERHADAP KEJADIAN LETUPAN LOMBONG ARANG BATU DI SELANTIK, PANTU, BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian letupan lombong arang batu yang berlaku di Selantik, Pantu, Bahagian Sri Aman, Sarawak pada 22 November 2014, jam 9.00 pagi seperti yang dilaporkan oleh pihak Polis Daerah Sri Aman. Sebaik sahaja Bilik Operasi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menerima pemakluman , tiga Pasukan Perubatan dan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman bersama ambulan dengan segera telah pergi ke lokasi kejadian untuk memberikan rawatan kecemasan.

Sehingga jam 6.00petang, jumlah mangsa yang dilaporkan adalah seramai 33 orang termasuk tiga (3) kematian. Seramai 30 mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Dari jumlah tersebut, seramai empat (4) mangsa dimasukkan ke Hospital Sri Aman manakala 26 mangsa lagi dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Maklumat mangsa yang selebihnya masih lagi belum diketahui.

KKM akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mangsa-mangsa kejadian ini. Peralatan perubatan tambahan termasuk 14 set alat bantuan pernafasan (ventilator) dari negeri Sabah dan Selangor telah diuruskan bagi penghantarannya secepat mungkin ke Sarawak. Kemudahan bagi mangsa yang memerlukan Unit rawatan rapi (Intensive Care Unit) juga telah disediakan dan perkhidmatan pembedahan elektif (elective surgery) di hospital tersebut juga telah ditunda bagi memberi keutamaan sekiranya terdapat mangsa yang memerlukan pembedahan segera. Sekiranya terdapat keperluan pasukan perubatan tambahan termasuk tenaga pakar, KKM telah bersedia untuk di gerakkan samada dari negeri Sabah mahupun dari Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kesihatan amat bersimpati terhadap mangsa kejadian dan berharap ahli keluarga dapat menerimanya dengan tabah dan penuh kesabaran. Kementerian Kesihatan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mangsa yang memerlukan.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
22 November 2014

IMG_3544.JPG

IMG_3545.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s