Uncategorized

KESIAPSAGAAN & RESPON KKM BAGI KRISIS BANJIR

Pada pagi ini saya telah mempengerusikan satu mesyuarat kecemasan bagi membincangkan situasi banjir, kesiapsiagaan & respon terhadap kejadian ini.
Mesyuarat tersebut juga membincangkan pengurusan evakuasi mangsa banjir dan para pesakit di fasiliti kesihatan KKM di negeri-negeri berkaitan.
KKM telah pun bergerak pantas sejak tragedi banjir melanda di beberapa buah negeri di Malaysia.
Selain daripada pemeriksaan dan pendidikan kesihatan bagi mangsa banjir, kerja-kerja pemantauan semasa banjir diteruskan seperti aktiviti kawalan vektor, keselamatan bekalan air minuman dan kawalan keselamatan makanan.
KKM sangat menghargai kerjasama berterusan yang diberikan oleh pelbagai agensi dan pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani krisis ini.
Kementerian juga berterima kasih kepada seluruh warga kerja KKM yang bertungkus-lumus memastikan kesihatan mangsa banjir dan para pesakit serta keselamatan fasiliti kesihatan terjaga. Anda adalah wira sebenar KKM!

Salam kasih kepada semua.

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4133-0.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4134-0.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4130-0.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4128-0.jpg

Categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s