SITUASI BANJIR SEMASA 26 DISEMBER 2014

1. Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah melibatkan enam (6) negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak .
2. Jumlah pasukan operasi kesihatan dan perubatan adalah sebanyak lima ratus tiga puluh tiga (533) pasukan iaitu dua ratus tujuh puluh empat (274) perubatan dan dua ratus enam puluh satu (261) pasukan kesihatan yang bertugas untuk menjalankan aktiviti di kawasan semasa banjir.
3. Sehingga pada 26 Disember 2014 seramai tiga ribu sembilan ratus sembilan belas (3919) mangsa banjir telah diberi rawatan. Pemeriksaan dan rawatan diperolehi daripada pasukan perubatan. Tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis, HFMD, tifoid, measles, denggi atau penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi berlaku di kalangan mangsa banjir.
4. KKM juga menjalankan aktiviti pemeriksaan di pusat pemindahan bagi mengesan pembiakan nyamuk, keselamatan dan kualiti makanan, keselamatan mutu air minum dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.
5. KKM ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir atau yang berisiko banjir hendaklah sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal. Ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan serta mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa. Orang ramai juga dinasihati supaya mengelak makan makanan yang tidak dimasak dan hanya minum air yang dimasak atau air botol mineral sahaja. Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.
6. KKM juga menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir termasuklah golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung , wargatua serta mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang memerlukan pemeriksaan serta rawatan susulan yang masih berada di pusat pemindahan dan yang telah pulang ke rumah masing-masing hendaklah terus menjaga kebersihan dan kesihatan, sekiranya sakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Perhatian perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa membuat kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

7. Pada 25 Disember 2014 Pengurusan Tertinggi KKM telah memutuskan supaya pemindahan pesakit kritikal dari Hospital Kuala Krai (HKK) dan penghantaran bekalan diesel ke HKK dilaksanakan segera. KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya memindahkan 4 pesakit dari HKK ke Hospital USM (HUSM) dengan menaiki helikopter ATM pada jam11.50 malam. Bekalan diesel sebanyak 640 liter sampai di HKK pada jam 12.00 malam.

8. Hari ini 26 Disember 2014, YB Menteri Kesihatan bersama-sama dengan YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan telah berlepas ke Hospital Kuala Krai pada jam 4 petang untuk meninjau keadaan di sana dan turut membawa bersama bantuan makanan, air minum dan ubat-ubatan. YBhg Datuk Ketua Setiausaha KKM juga berada di Kelantan dan menyelaras bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
26 Disember 2014

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4138.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4188.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4141.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2014/12/img_4186.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s