Berhati-hati Interpretasi Status Media Sosial

Kubang Kerian, 27 Disember 2014 – Orang ramai perlu menyemak dengan pihak berkuasa dan memahami status media sosial dalam konteks yang betul dan bukannya membuat kesimpulan mudah.

Mengulas status media sosial “Kubang Kerian” yang meminta para pelajar Perubatan tampil membantu, Pengarah Hospital USM Dato’ Dr. Zaidun Kamari berkata, para pelajar Sains Perubatan sememangnya banyak membantu pegawai-pegawai bertugas tetapi ini tidak bermakna mereka mengambil alih tugas doktor bertugas.

“Mereka membantu para doktor apatah ini adalah juga sepatutnya menjadi sebahagian dari pembelajaran untuk membantu para pesakit, bukan sahaja pada waktu seperti ini tetapi juga dalam keadaan biasa,”kata Zaidun.

Menjelaskan lebih lanjut, Zaidun berkata, sememangnya pihak hospital memerlukan bantuan semua pihak pada waktu ini namun tugas profesional doktor perubatan dari dalam kalangan Doktor Perubatan di Hospital USM tetap menjadi keutamaan.

Tambahnya, USM turut mendapat bantuan dari dalam kalangan doktor-doktor perubatan dari sama ada hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu tetapi juga hospital universiti-universiti lain.

“Ini penting difahami untuk mengelak salah faham dan salah tafsiran, malah Hospital USM dan USM berterima kasih kepada semua pihak yang membantu seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, KKM, semua universiti lain apatah lagi para sukarelawan dan pelajar yang membantu dalam keadaan seperti ini,”tambah Zaidun.

Pagi ini Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPM Profesor Dato’ Dr. Asma Hj. Ismail mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM dan pegawai-pegawai utama USM di Kampus Kesihatan untuk berbincang keperluan Hospital USM dan hal-hal lain yang berkaitan pengurusan mangsa banjir di sana dengan bantuan tambahan RM3.5 juta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s