Month: January 2015

Kenyataan Akhbar KKM 23 Jan 2015: Vaksin HPV Selamat

Sejak kebelakangan ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita imunisasi HPV tidak selamat. Dakwaan ini dibuat berdasarkan satu berita yang diterbitkan oleh berita luar negara pada bulan September 2014. Lebih 200 orang remaja Colombia mengalami gejala pucat, letih lesu (malaise) dan pengsan (loss of conciousness) selepas menerima […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 19 JANUARI 2015

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bilik Gerakan Banjir di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau situasi banjir yang melanda Malaysia termasuk kesannya terhadap kesihatan awam. Segala usaha dan tindakan pemulihan ke atas semua fasiliti kesihatan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir terus dipertingkatkan bagi memastikan […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Januari 2015 – Isu Buah Epal Granny Smith dan Gala Keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat dicemari Listeria Monocytogenes

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 13 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan orang awam mengenai risiko jangkitan penyakit leptospirosis dan melioidosis yang boleh berlaku selepas banjir. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, KKM mendapati tren notifikasi penyakit seperti leptospirosis dan melioidosis adalah meningkat. Sejumlah 146 kes disyaki leptospirosis telah dilaporkan di negeri–negeri yang terlibat banjir […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 12 JANUARI 2015

1. Fenomena banjir yang telah melanda negeri pantai timur telah mengakibatkan kemusnahan pelbagai kemudahan asas. Ini termasuklah kemudahan seperti tandas dan sistem bekalan air luar bandar sedia ada. Kerosakan kemudahan asas ini mengakibatkan gangguan bekalan air seterusnya menggugat tahap sanitasi persekitaran di kawasan terlibat banjir. 2. Bagi memastikan […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 10 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah sarap dan sisa-sisa makanan dilupuskan secara sempurna bagi mengelakkan kehadiran lalat yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, cirit birit (Acute Gastroenteritis – AGE), kolera dan Typhoid serta haiwan […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 9 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyuarakan kebimbangan mengenai pengurusan sampah sarap di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir untuk mengawal pembiakan lipas, lalat dan tikus. Tinjauan Pasukan Entomologi Institut Penyelidikan Perubatan (Institute of Medical Research, IMR) ke Pusat Pemindahan Banjir di Gua Musang (3 buah) dan Kuala Krai […]

SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 7 JANUARI 2015

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bilik Gerakan Banjir di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau situasi banjir yang melanda Malaysia termasuk kesannya terhadap kesihatan awam. Pasukan-pasukan bantuan perubatan dan kesihatan awam dari seluruh Malaysia yang telah dimobilisasikan ke negeri-negeri yang terlibat dengan banjir bermula pada […]