SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 7 JANUARI 2015

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bilik Gerakan Banjir di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau situasi banjir yang melanda Malaysia termasuk kesannya terhadap kesihatan awam. Pasukan-pasukan bantuan perubatan dan kesihatan awam dari seluruh Malaysia yang telah dimobilisasikan ke negeri-negeri yang terlibat dengan banjir bermula pada 27 Disember 2015 telah membantu dalam pengurusan banjir dari aspek kesihatan termasuk aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit.
  1. Selain dari itu, segala usaha dan tindakan pemulihan ke atas semua fasiliti kesihatan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir juga dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir dapat beroperasi sepenuhnya dengan segera.
  1. KKM juga bersiap sedia dengan kemungkinan risiko penyakit berjangkit melioidosis yang disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar. Jangkitan kepada manusia adalah melalui sentuhan langsung dengan tanah atau air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar.
  1. Antara tanda dan gejala penyakit melioidosis ialah:-
  • Jangkitan setempat (Localised infection): bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  • Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection): batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia.
  • Jangkitan darah (Bloodstream infection): demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah penafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
  • Jangkitan disebarkan (Disseminated infection): susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.
  1. Golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan ini ialah pesakit kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, talasemia, kanser, pesakit immune-compromised dan penyakit paru-paru kronik. Sehubungan itu, mereka yang berisiko tinggi adalah dinasihatkan agar mengelakkan sentuhan langsung dengan tanah dan air tercemar, memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki, memakai sarung tangan apabila berkebun dan menggunakan topeng serta sarung tangan semasa menjaga pesakit.
  1. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya mengalami tanda dan gejala awal di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
  1. Dalam usaha untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah di kempen-kempen derma darah anjuran Pusat Darah Negara (PDN). Antaranya ialah pada 7 Januari 2015, jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Nu Central Mall, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi PDN di http://www.pdn.gov.my, Facebook rasmi PDN di facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia/ atau menghubungi PDN di talian 03-2613 2657 atau 03-2613 2658 (waktu pejabat).

Sekian, terima kasih.

        DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

        Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

07 Januari 2015

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5ed/72271338/files/2015/01/img_5076.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s