SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENANGANI BANJIR 8 JANUARI 2015

1. Kebersihan adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam mencegah penyakit bawaan makanan dan air yang boleh berlaku semasa atau selepas musim banjir. Keadaan pada masa ini di mana bekalan air bersih adalah terhad, orang ramai adalah dinasihati untuk mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer.
2. KKM juga akan menempatkan sebelas (11) khemah sementara di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa yang terjejas dapat diteruskan, di samping mengenalpasti lokasi-lokasi tambahan lain.
3. KKM menyedari penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir terutama berkaitan rawatan dan penjagaan kesihatan pesakit. KKM amat menghargai sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh pihak NGO. Adalah dinasihatkan NGO yang ingin melibatkan diri bersiap sedia dengan segala keperluan yang mencukupi seperti kenderaan, tempat tinggal dan makanan bagi menjalani misi bantuan berkenaan.
4. Pihak NGO juga digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan dengan
KKM. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal KKM http://www.moh.gov.my/ atau melalui telefon di talian 03-88810300.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
8 Januari 2015

2015/01/img_5532.jpg

2015/01/img_4927.jpg

2015/01/img_4930.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s