SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 9 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyuarakan kebimbangan mengenai pengurusan sampah sarap di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir untuk mengawal pembiakan lipas, lalat dan tikus. Tinjauan Pasukan Entomologi Institut Penyelidikan Perubatan (Institute of Medical Research, IMR) ke Pusat Pemindahan Banjir di Gua Musang (3 buah) dan Kuala Krai (2 buah) mendapati pengurusan sampah yang tidak teratur telah menyebabkan pembiakan serangga-serangga tersebut (seperti lalat) yang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan-kawasan berkenaan. KKM menggesa pihak-pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut.
2. Bagi mencegah wabak penyakit pasca banjir, terutamanya acute gastroenteritis (AGE), sejumlah 23 Pasukan Kesihatan Awam dari negeri-negeri (Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Melaka, Kedah dan Selangor)
akan dihantar ke Kelantan untuk membantu dalam aktiviti tersebut.
3. Manakala sokongan psikososial diteruskan dengan sejumlah 350 orang menerima kaunseling individu, 689 kaunseling kelompok dan 79 orang lagi dirujuk kepada pakar. Di samping itu, 101 petugas KKM yang pulang bertugas dari kawasan banjir telah menerima post deployment briefing serta saringan fizikal dan mental.
4. Seramai 21 pasukan dari Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), KKM juga telah berada di Kelantan untuk membuat
penilaian kerosakan dan tahap berfungsi sistem bekalan air dan sanitasi (tandas) di luar bandar.
5. Sementara itu, sebanyak 22 buah khemah sementara akan ditempatkan di 11 buah lokasi bagi menggantikan klinik-klinik kesihatan yang rosak di Gua Musang (10 khemah), Kuala Krai (6 khemah) dan Tanah Merah (6 khemah). Selain itu, lokasi-lokasi tambahan juga sedang dikenalpasti bagi tujuan tersebut.
6. Seramai 229 sukarelawan dari 9 Institusi Latihan KKM juga telah dilibatkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di 23 fasiliti kesihatan di 6 daerah di Kelantan.
7. KKM menerusi Bahagian Kawalan dan Kualiti Makanan juga akan meneruskan pemeriksaan di pasaraya dan pasar mini yang terjejas akibat banjir bagi memastikan tiada produk-produk makanan yang telah tamat
tarikh luput, rosak dan tercemar dijual kepada orang ramai.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
9 Januari 2015

2015/01/img_5592.jpg

2015/01/img_5448.jpg

2015/01/img_5531.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s