SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 10 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah sarap dan sisa-sisa makanan dilupuskan secara sempurna bagi mengelakkan kehadiran lalat yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, cirit birit (Acute Gastroenteritis – AGE), kolera dan Typhoid serta haiwan perosak khususnya tikus yang meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis.
2. Pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang telah dicemari oleh air kencing tikus boleh menyebabkan bakteria leptospira memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan mukosa mulut. Antara tanda atau gejala penyakit leptospirosis ialah demam, sakit kepala, sakit badan, sakit sendi, batuk, loya, muntah, sakit perut, radang selaput mata dan jaundis.
3. Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar mengelakkan daripada bermain air di kawasan banjir, sentiasa memakai but getah dan sarung tangan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan, serta membasuh bahagian tubuh yang terdedah dengan air bersih dan sabun. Selain mengamalkan minum air yang telah dimasak, mereka juga adalah dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda atau gejala penyakit berkenaan.
4. KKM juga ingin menyuarakan kebimbangan mengenai timbunan sampah selepas banjir yang tidak diuruskan dengan baik. Kelewatan dalam menguruskan pelupusan sampah di kawasan-kawasan yang dilanda banjir akan meningkatkan risiko penyebaran wabak penyakit berjangkit pasca banjir. Pengurusan sampah tidak teratur juga akan menggalakkan pembiakan LILATI (lipas, lalat dan tikus) yang menjadi punca penyakit berjangkit bawaan air dan makanan. Di samping itu, persekitaran yang kotor serta sisa makanan tidak diurus akan merangsang peningkatan populasi tikus yang menyebabkan penyakit Leptospirosis.
5. KKM juga sedang berusaha mengenalpasti mekanisma terbaik dalam mengendalikan pengurusan sampah sarap di fasiliti kesihatan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan perkhidmatan kesihatan dapat beroperasi semula, terutamanya di klinik kesihatan dan klinik desa yang terjejas teruk oleh banjir. Di samping itu, agensi serta pihak berkaitan dan sukarelawan dipohon sama-sama membantu untuk membersihkan dan membuat pelupusan timbunan sampah ini demi memastikan kebersihan serta kesihatan orang awam adalah di tahap yang
terbaik.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Kementerian Kesihatan Malaysia
10 Januari 2015

2015/01/img_5708.jpg

2015/01/img_5726.jpg

2015/01/img_5725.jpg

2015/01/img_5727.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s