SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 12 JANUARI 2015

1. Fenomena banjir yang telah melanda negeri pantai timur telah mengakibatkan kemusnahan pelbagai kemudahan asas. Ini termasuklah kemudahan seperti tandas dan sistem bekalan air luar bandar sedia ada. Kerosakan kemudahan asas ini mengakibatkan gangguan bekalan air seterusnya menggugat tahap sanitasi persekitaran di kawasan terlibat banjir.
2. Bagi memastikan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air dan kemudahan tandas di bawah program Bekalan Air Bersih dan Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS) dalam keadaan yang memuaskan, KKM telah menggerakkan sebanyak dua puluh tiga (23) pasukan dengan 101 anggota ke Kelantan bagi membuat penilaian aspek kesihatan alam sekitar luar bandar terutamanya dari segi bekalan air bersih dan kemudahan tandas. KKM juga akan terus mempergiatkan kerja-kerja pemantauan dan pengawalan penyakit bawaan air dan makanan.
3. Pemantauan terhadap produk makanan juga diteruskan bagi memastikan tiada penjualan produk makanan yang rosak akibat
banjir dan selamat untuk dimakan. Hasil pemantauan KKM di 111 pasar mini dan pasar raya di Kelantan, Pahang dan Perak mendapati daripada 13,878 produk makanan yang diperiksa, 987 daripadanya telah tamat tarikh luput dan 2,443 lagi didapati rosak akibat air banjir, tin yang kemek dan berkarat selain dicemari. Jumlah produk makanan yang dikeluarkan daripada rak bernilai RM807,669.02.
4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Penyakit yang sering berlaku dan dikaitkan dengan banjir adalah penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, cirit birit, kolera dan typhoid serta penyakit berjangkit lain seperti leptospirosis dan melioidosis. KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar memasak makanan dan air yang diminum terlebih dahulu bagi memastikan ianya adalah bersih dan selamat untuk dimakan dan diminum.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
12 Januari 2015

2015/01/img_5738.jpg

2015/01/img_5782.jpg

2015/01/img_5821.jpg

2015/01/img_5713.jpg

2015/01/img_5826.jpg

2015/01/img_5827.jpg

2015/01/img_5828.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s