SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 13 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan orang awam mengenai risiko jangkitan penyakit leptospirosis dan melioidosis yang boleh berlaku selepas banjir. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, KKM mendapati tren notifikasi penyakit seperti leptospirosis dan melioidosis adalah meningkat. Sejumlah 146 kes disyaki leptospirosis telah dilaporkan di negeri–negeri yang terlibat banjir di antara 11-13 Januari 2015 dan dari jumlah tersebut sebanyak lima (5) kes telah disahkan positif leptospirosis. Pada 13 Januari 2015, sebanyak tujuh (7) kes melioidisis telah disahkan positif di Pahang.
2. Bagi sukarelawan yang terlibat dengan sebarang aktiviti termasuk aktiviti pembersihan di kawasan terjejas banjir adalah berisiko mendapat jangkitan leptospirosis dan melioidosis. Sehubungan itu, adalah dinasihatkan mereka yang mengalami sebarang tanda atau gejala penyakit tersebut untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
3. Di antara gejala jangkitan leptospirosis adalah demam, sakit kepala, sakit otot, batuk, muntah, sakit perut, cirit birit, radang mata dan jaundis. Tempoh inkubasi penyakit leptospirosis adalah antara 2 ke 21 hari. Tanda dan gejala melioidosis pula di antaranya adalah demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk, sakit dada, masalah penafasan, ketidakselesaan abdomen, kekeliruan dan jangkitan setempat seperti kudis. Tempoh inkubasi penyakit melioidosis pula adalah di
antara satu (1) ke 21 hari.
4. Pengamal Perubatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta adalah dinasihatkan agar peka dengan situasi semasa dan risiko jangkitan penyakit berkaitan banjir seperti leptospirosis dan melioidosis. Pemeriksaan rapi ke atas pesakit dengan sejarah pernah melawat kawasan banjir perlu diberikan perhatian dan rawatan segera.
5. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapi situasi peningkatan kes leptospirosis dan melioidosis ini. Antara langkah yang telah diambil adalah dengan memastikan fasiliti kesihatan mampu menampung peningkatan bilangan pesakit dan penggunaan ubat-ubatan yang mencukupi bagi merawat pesakit terbabit. Semua hospital telah diarahkan untuk bersiap sedia termasuk Wad Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit – ICU) dan Wad Pergantungan Tinggi (High Dependency Ward – HDW) bagi merawat dan memantau pesakit, jika diperlukan.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Januari 2015

2015/01/img_5862.jpg

2015/01/img_5863.jpg

2015/01/img_5864.jpg

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s