SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 14 JANUARI 2015

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memantau situasi banjir yang masih melanda di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak dan Johor. Tumpuan aktiviti KKM pada masa ini adalah seperti berikut:

i. Kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit

ii. Pembangunan semula kemudahan asas seperti bekalan air dan tandas di kawasan luar bandar di bawah program Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).

iii. Perkhidmatan kesihatan primer di kawasan terjejas banjir melalui penyediaan khemah sementara.

iv. Persediaan menghadapi peningkatan penyakit pasca banjir seperti leptospirosis, melioidosis, tifoid dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.

v. Aktiviti sokongan psiko-sosial kepada mangsa banjir terutamanya kepada anggota KKM yang terlibat dalam banjir.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah meningkatkan pemantauan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes-kes penyakit berjangkit seperti leptospirosis dan melioidosis selepas banjir.

3. KKM akan mengedarkan Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) bagi penyakit leptospirosis, meliodosis dan typhoid kepada petugas, sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas di kawasan banjir.

4. Petugas, sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas di kawasan banjir ini hendaklah memantau tahap kesihatan masing-masing untuk tempoh selama 30 hari setelah kembali dari kawasan yang terlibat dengan banjir. Sekiranya mempunyai tanda atau gejala hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran dengan membawa bersama Kad Amaran Kesihatan dan memaklumkan sejarah pernah berada atau bertugas di kawasan banjir.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Januari 2015

new HEALTH ALERT EBOLA (BM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s