KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: ISU BUAH EPAL GRANNY SMITH DAN GALA KELUARAN SYARIKAT BIDART BROTHERS, BAKERSFIELD, CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT DICEMARI LISTERIA MONOCYTOGENES

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ianya telah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau). Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis. Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea). Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat di semua pintu masuk. Di pasaran domestik, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti dua (2) pengimport yang mengimport epal jenis Granny Smith keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat dan telah mengarahkan pengimport berkaitan memanggil balik (recall) buah epal tersebut dari pasaran dan buah epal yang terdapat di premis pengimport juga telah disita. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini. (lihat video liputan di Berita Nasional RTM di sini)

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, pengguna boleh mengajukannya kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Januari 2015

2015/01/img_6031.png

2015/01/img_6032.png

Advertisements

8 Comments Add yours

  1. ninm says:

    i just ate few of apples from granny smith. i need advice and assistance from your end how to prevent this. hope to hear your reply soonest. thank you.

    Like

    1. DG of Health says:

      Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa hanya epal Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Bros., Califonia sahaja terlibat dalam isu ini. Epal jenis yang sama keluaran syarikat selain dari Bidart Bros. dan juga epal jenis lain yang berada di pasaran tidak terlibat.
      Nasihat kepada pengguna:
      • Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli dan makan epal Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Bros., California.
      • Pengguna yang telah membeli epal Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Bros., California atau merasa ragu-ragu dengan sumber epal tersebut dinasihatkan untuk tidak memakan epal berkenaan.
      • Sesiapa yang sakit setelah memakan epal dinasihatkan mendapatkan rawatan perubatan.
      • Pengguna perlu membasuh buah-buahan segar dengan air yang bersih sebelum dimakan.
      • Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan atau masih ragu-ragu, pengguna boleh mengajukannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq atau menghubungi BKKM di talian 03-88833652/88833655. Talian ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang hari bekerja.

      Like

  2. Mary Yong says:

    How about this Apple:4133?
    Safe?

    Like

    1. DG of Health says:

      Hanya epal Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Bros., Califonia sahaja terlibat dalam isu ini. Epal jenis yang sama keluaran syarikat selain dari Bidart Bros. dan juga epal jenis lain yang berada di pasaran tidak terlibat.

      Like

  3. JC says:

    Aeon is selling grannySmith, how can we know if it’s safe?

    Like

    1. DG of Health says:

      The affected apples are those produced by the Bidart Brothers Company, from California, USA.
      In the domestic market, only two companies in Kuching and Sibu are involved in importing apples from Bidart Brothers Company whereby 19,960 kg of apples have been seized. At the same time, the ministry is also continuing the monitoring of apples being sold in the market and at all entry points.
      Traders have been advised to showcase the country of origin of the apples being sold on their premises and NOT to sell any Granny Smith and Gala apples that are from Bidart Brothers, California.
      For further inquiries, kindly visit the FAQ section of the Food Safety and Quality Divison website http://ow.ly/3vO9N5 or their FB page https://m.facebook.com/BKKMHQ?_rdr

      Like

  4. Nita says:

    how do we know the apples we buy from fruit stalls is from Bidart Bros or other company? some apples might have a small sticker on it and is Royal Gala same as Gala?

    Like

    1. DG of Health says:

      In the domestic market, only two companies in Kuching and Sibu are involved in importing apples from Bidart Brothers Company.
      Traders have been advised to showcase the country of origin of the apples being sold on their premises and NOT to sell any Granny Smith and Gala apples that are from Bidart Brothers, California.
      Any party involved in importing, distributing, storing or selling food that is harmful to health can be convicted in court with a fine not exceeding RM 100,000 or max 10 year imprisonment or both.
      To date, there has been no cases of listeriosis reported in Malaysia due to eating of apples.
      For further inquiries, kindly visit the FAQ section of the Food Safety and Quality Divison website http://ow.ly/3vO9N5 or their FB page https://m.facebook.com/BKKMHQ?_rdr

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s