SIARAN MEDIA: TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENANGANI BANJIR 19 JANUARI 2015

850324313_9216662281658175094

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bilik Gerakan Banjir di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terus memantau situasi banjir yang melanda Malaysia termasuk kesannya terhadap kesihatan awam.
  1. Segala usaha dan tindakan pemulihan ke atas semua fasiliti kesihatan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir terus dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia dapat beroperasi sepenuhnya dengan segera.
  1. KKM juga terus mempertingkatkan pemantauan ke atas kejadian penyakit berjangkit selepas banjir. Hasil pemantauan KKM mendapati tren notifikasi penyakit seperti leptospirosis dan melioidosis didapati meningkat, di mana dari 01 Januari 2015 hingga 18 Januari 2015, sejumlah 647 kes disyaki leptospirosis dilaporkan di negeri–negeri yang terlibat banjir, iaitu Kelantan (458 kes), Perak (113 kes), Terengganu (39 kes) dan Pahang (37 kes). Dari jumlah tersebut, bagi tempoh yang sama, 110 kes leptospirosis telah disahkan, iaitu Kelantan (49 kes), Terengganu (26 kes), Perak (21 kes) dan Pahang (14 kes).
  1. Di samping itu, dua (2) sukarelawan iaitu dari Terengganu dan Melaka disahkan mengalami jangkitan leptospirosis dan telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital negeri masing-masing.
  1. Bagi penyakit melioidosis pula, dari 01 Januari 2015 hingga 18 Januari 2015, sebanyak 20 kes disahkan iaitu Pahang (13 kes), Kelantan (5 kes), dan masing-masing satu di Perak dan Johor. Bekalan ubat untuk leptospirosis dan meliodosis di semua negeri terlibat banjir juga adalah mencukupi dan dipantau secara berterusan.
  1. KKM juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan bagi mengenalpasti mekanisma terbaik dalam aspek pengurusan sampah, termasuk memastikan kebersihan tandas dan kantin di sekolah-sekolah di negeri-negeri yang terlibat banjir. Bagi tujuan tersebut juga, 89 pasukan kesihatan telah pun digerakkan untuk memantau kebersihan persekitaran kawasan tersebut bagi memastikan tiada pembiakan vektor pembawa penyakit berjangkit seperti lalat, lipas, tikus dan nyamuk.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 19 Januari 2015

10455645_332055103653847_1793456648990588738_n10537164_332055126987178_6666927428094673104_n10930941_911303958888813_9081357038610892870_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s