Kenyataan Akhbar KKM 23 Jan 2015: Vaksin HPV Selamat

2015/01/img_6220.png

Sejak kebelakangan ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita imunisasi HPV tidak selamat. Dakwaan ini dibuat berdasarkan satu berita yang diterbitkan oleh berita luar negara pada bulan September 2014. Lebih 200 orang remaja Colombia mengalami gejala pucat, letih lesu (malaise) dan pengsan (loss of conciousness)
selepas menerima imunisasi HPV. Onset kejadian adalah antara satu hari hingga 12 bulan selepas imunisasi.

Semasa berita tersebut dikeluarkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak butiran insiden tersebut dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hanya 11 kes sahaja yang telah disahkan oleh pihak perubatan Colombia. Kementerian Kesihatan Colombia menyatakan bahawa tiada bukti kukuh yang mengaitkan gejala-gejala tersebut dengan vaksin HPV. Satu badan berkecuali yang menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut pula telah membuat kesimpulan bahawa gejala-gejala yang dialami adalah mass psychogenic response kepada imunisasi.

Keadaan yang sama pernah dialami di Australia apabila 26 remaja mengalami pening, pitam dan gejala neurologi. Hanya empat (4) kes sahaja yang dimasukkan ke wad tetapi semua pulih tanpa komplikasi. Langkah pencegahan yang dijalankan bagi mengelakkan gejala tersebut adalah imunisasi diberi dalam keadaan murid duduk dan mereka diletakkan di bawah pengawasan selama 15 minit selepas diberi imunisasi.

Langkah yang sama dilakukan ke atas remaja perempuan kita di Malaysia. Vaksin HPV telah diberikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun di sekolah di bawah Program Kesihatan Sekolah semenjak tahun 2010. Setiap tahun anggaran 230,000 orang remaja perempuan ini diberi imunisasi HPV sebanyak 3 dos pada jadual 0, 1 dan 6 bulan.

2015/01/img_6219.jpg

Semenjak Program Imunisasi HPV ini diperkenalkan, pelaporan kesan sampingan selepas imunisasi vaksin HPV dilakukan secara aktif bagi menangani isu-isu yang mungkin timbul akibat imunisasi. Sehingga kini, sebanyak 3.45 juta dos vaksin HPV ini telah digunakan dengan 60% darinya adalah vaksin HPV quadrivalent. Sehingga kini kesan sampingan dengan gejala yang serupa seperti yang dilaporkan di Colombia tidak dilaporkan berlaku di negara ini.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmasetikal Kebangsaan KKM akan terus memantau kesan sampingan selepas imunisasi HPV di kalangan remaja Malaysia, di samping memantau kejadian luarbiasa berkaitannya yang berlaku di luar negara.

WHO dalam laporan yang dikeluarkan pada tahun 2014 menyatakan bahawa vaksin HPV ini adalah selamat. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan semakan dan siasatan secara saintifik semua kesan sampingan yang dilaporkan oleh negara-negara di dunia semenjak vaksin HPV didaftarkan pada tahun 2006.

Justeru, semua ibubapa diseru untuk mengambil peluang dari Program Imunisasi HPV Kebangsaan ini dengan memberi izin anak perempuan kesayangan mereka diberi imunisasi HPV. Ia bagi melindungi mereka dari jangkitan HPV16 dan HPV18; dan seterusnya mencegah dari mendapat kanser servik.

Sekian, terima kasih.

Dr Chong Chee Kheong
Pengarah Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
23 Januari 2015

 

 

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s